Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah
Maha Besar.
Doa
Iftitah
Allah
Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci
Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang
mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan
aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku,
ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan
nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi
Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan
hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan
yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan
mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha
Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah
mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai
Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha
suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya
Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,
angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk,
selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala
penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang
soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami,
selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala
penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang
soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami,
selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga
Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana
Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam
alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya
Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah
Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah
Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau
berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah
Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada
Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat
Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau
sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau
tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah
rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya
dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat
Allah.
No comments:
Post a Comment