IMAN, ISLAM, IHSAN – RUKUN TAQWA
Cara
mendapatkan taqwa adalah satu pakej yang terdiri dari tiga perkara.
Tiga perkara inilah yang paling penting dan paling asas dari
keseluruhan usaha mendapatkan taqwa itu. Kalau tiga perkara ini tidak
diperolehi dan tidak dihayati, maka usaha yang lain itu tidak ada
erti apa-apa. Kalau dibuat pun sia-sia belaka. Tiga perkara dalam
pakej itu yang dinamakan rukun taqwa adalah:
1.
Iman
2.
Islam
3.
Ihsan
Kita
biasa dengar tentang Iman sampai sudah lali. Kita biasa dengar
tentang Islam sampai sudah lali. Kita pun sebut Ihsan sampai sudah
lali. Tetapi kita tidak pernah tahu ketiga-tiga itu adalah rukun
taqwa. Ketiga-tiga perkara di atas yang dijadikan satu pakej
dinamakan rukun taqwa. Kalau rukun tidak ada kita tidak dapat
tegakkan taqwa. Ibarat rumah, kalau tiang tidak ada, kita tidak boleh
tegakkan rumah. Selama ini kita tidak pernah belajar atau diajar
tentang rukun taqwa ini. Ia adalah asas, tapak atau benih taqwa.
Memang itu salah kita. Kita belajar pun tidak pernah habis. Belajar
sedikit, pindah. Belajar sedikit, tinggal.Kalau
hendak dikupaskan lagi, ketiga-tiga istilah ini bolehlah dikaitkan
dengan Tauhid, Syariat dan Tasawuf. Iman itu Tauhid. Islam itu
Syariat dan Ihsan itu Tasawuf.Setiap
perkara dalam ajaran Islam itu ada rukun dan ada syaratnya. Ada sah
dan ada batalnya. Sembahyang misalnya, ada rukun, ada syarat, ada sah
dan ada batalnya. Begitu juga dengan puasa dan haji, ada syarat,
rukun, sah dan batalnya. Dengan taqwa tentulah lebih-lebih lagi
kerana ia lebih besar dari sembahyang, lebih besar dari puasa dan
lebih besar dari haji. Tentu ada rukun, syarat, sah dan batalnya.
Orang tidak pernah ceritakan hal ini. Iman, Islam dan Ihsan adalah
rukun taqwa. Rukun itu ertinya tiang. Kalau tidak ada tiang ertinya
taqwa tidak boleh dibangunkan.Iman
ada pakejnya. Islam ada pakejnya. Begitu juga Ihsan ada pakejnya.
Contohnya, Islam itu yang asasnya ialah rukun Islam. Yang tambahannya
banyak seperti sembahyang sunat, puasa sunat, berjuang dan lain-lain.
Itu semua syariat. Ga-bungan semua itu, barulah jadi rukun kepada
taqwa.
RUKUN
DALAM RUKUN
Walaupun
rukun taqwa itu ialah Iman, Islam dan Ihsan tetapi dalam rukun taqwa
itu ada pula rukun-rukun tambahan yang lain. Ia rukun di dalam rukun.
Rukun di dalam rukun ini diperjelaskan seperti berikut:
1.
Iman
Iman
di sini ialah apa yang diterangkan di dalam rukun iman yang enam
iaitu percaya akan Allah, malaikat-Nya, kitab-Nya, Rasul-Nya, hari
Akhirat dan qada’ dan qadar. Dalam rukun iman yang enam ini pula,
ada empat perkara yang menjadi rukun iaitu rukun dalam rukun. Dalam
hendak membangunkan iman di atas enam rukun iman itu, ada empat rukun
lagi iaitu:
i.
Ilmu
Keenam-enam
rukun iman itu tidak boleh dibangunkan kalau tidak ada ilmu. Kalau
kita sekadar percaya tetapi tidak berdasarkan ilmu, tiang pada iman
sudah runtuh. Rukun pada rukun iman itu sudah tidak ada. Membangunkan
iman mesti atas dasar ilmu supaya kefahaman kita terhadap enam rukun
iman itu betul dan tepat.
ii.
Faham
Ilmu
itu pula mesti difahami yakni ia tidak boleh terhenti di akal. Ia
mesti diserapkan ke dalam hati. Memahami itu adalah dengan akal dan
hati.
iii.
Yakin
Selepas
ilmu tentang enam rukun iman itu jelas dan di-fahami, kita kena yakin
dengannya. Keyakinan ini tidak boleh dicelahi oleh syak, zan atau
waham. Keyakinanlah yang akan mendorong kita menghayatinya. Namun
hendak yakin dengan Tuhan dan lain-lain perkara dalam rukun iman
berdasarkan ilmu bukan senang.
iv.
Penghayatan
Hendak
menghayati inilah yang susah. Menghayati itu maksudnya merasa
bertuhan. Merasakan Tuhan ada peranan dalam hidup kita. Merasa hebat,
cinta dan takut dengan Tuhan. Merasakan Tuhan sentiasa melihat,
mengetahui dan mengawasi kita. Begitu juga penghayatan tentang
rukunrukun iman yang lain.Jadi
ada empat perkara dalam satu pakej yang menjadi rukun kepada rukun
iman yang enam. Yakni berlaku atau tidaknya rukun iman yang enam itu
ditentukan oleh empat tiangnya iaitu ilmu, faham, yakin dan
penghayatan. Di sini, tidak ada satu perkara pun yang bersifat
lahiriah. Kesemuanya bersifat maknawiyah.Rukun
iman itu bukan percaya begitu sahaja. Kita mesti yakin. Mungkin
percaya atas dasar ilmu, mudah. Tetapi untuk yakin, itu susah. Ia
perlu kepada kefahaman. Untuk menghayati lebih-lebih lagi susah.Contohnya
ada disebut dalam Al Quran dan Hadis:
Maksudnya: “Barangsiapa yang
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang
dikehendaki)-Nya.”Tuhan berkata lagi:
Maksudnya:“Barangsiapa pemurah, dia tidak akan papa bahkan Tuhan
akan pemurah dengannya. Tuhan akan lepaskan dia dari masalah dan
diberi rezeki dari sumber Allah.”
Walaupun
ini kita percaya tetapi dalam realiti hidup, san-daran kita bukan
pada Tuhan. Itu yang susah. Kita percaya sumber rezeki kita dari
Tuhan tetapi sandaran kita pada duit. Kita percaya tetapi sandaran
kita pada kerja. Kita rasa kalau tidak ada kerja, kita tidak boleh
makan. Kita percaya Tuhan memberi rezeki tetapi sandaran kita dengan
ilmu. Kita percaya dengan Tuhan tetapi kita rasa kalau tidak
bersandar dengan menteri atau kuasa politik, kita tidak boleh
berniaga, tidak boleh makan. Susah hendak yakin. Percaya, memanglah
percaya tetapi hendak yakin, susah. Sedangkan iman itu satu pakej
iaitu ilmu, faham, yakin dan penghayatan. Kalau tidak cukup pakejnya,
cacatlah iman. Kalau besar cacatnya, jadi kafir. Kalau kafir,
sembahyang dan puasa pun tidak berguna. Kekal dalam Neraka. Kalau
dosa kecil ia menjadi besar sebab ia bersangkut dengan akidah. Iman
itu perlu ada ilmu, faham, yakin dan dihayati, baru sempurna.
2.
Islam
Islam
merangkumi lima rukun Islam yang kita semua sudah pelajari di masjid
dan di surau. Ia adalah mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang,
puasa, zakat dan haji. Seperti juga iman, cara untuk membangunkan
lima rukun Islam ini ada rukunnya pula sebagai tiangnya. Kalau tidak
ada rukunnya atau tiangnya, bagaimana kita hendak bangunkan rukun
Islam. Ada lima perkara dalam satu pakej yang menjadi rukun kepada
tertegaknya rukun Islam itu iaitu:
i.
Ilmu
Syahadah
umpamanya takkanlah cukup dengan mengu-capkan kalimah sahaja dengan
tidak ada ilmunya dan tidak tahu tuntutan-tuntutannya. Terjemahannya
sahaja tidak cukup. Begitu juga sembahyang. Mesti juga berdasarkan
ilmu. Jadi rukun Islam itu mesti berdasarkan ilmu. Amalan tanpa ilmu
tertolak.
ii.
Faham
Dalam
menegakkan rukun Islam, kita mesti faham. Kalau dengan ilmu sahaja,
mungkin kita boleh buat yang lahirnya tetapi batinnya rosak. Faham
perlu untuk menjaga batin atau roh ibadah.
iii.
Yakin
Yakin
menjadi syarat. Kita kena yakin dengan ilmu kita dan ibadah kita itu.
Ia perintah Tuhan. Bukan suka-suka dan bukan sekadar hobi.
iv.
Perlaksanaan (Amalan)Semua
rukun Islam itu mestilah dilaksanakan dan diamalkan mengikut ilmunya.
Di sini baru ada perkara yang lahiriah.
v.
Penghayatan (Rasa)
Dalam
melaksanakan rukun Islam, ia perlu dihayati supaya bukan lahir saja
yang berbuat. Hati mesti ikut sama. Sembahyang contohnya mesti ada
penghayatan.Rupanya,
dalam rukun Islam ada lima lagi rukunnya dalam satu pakej. Empat
berbentuk dalaman atau batiniah dan satu berbentuk lahiriah.Ada
ilmu, faham, yakin dan laksanakan (amalkan), itu mudah tetapi untuk
menghayati adalah payah. Apa maksud hayati? Menghayati itu adalah
merasa. Contohnya sembahyang. Antara rukunnya ialah membaca Fatehah.
Katalah kita ada ilmu tentang surah Al Fatehah. Kita faham tajwid,
faham makna dan faham maksudnya. Kita pun baca. Kita boleh baca
tetapi belum tentu kita boleh merasa. Kita baca, cantiklah tajwidnya,
faham pula makna dan maksudnya, tetapi sudah bolehkah kita rasa?Dalam
sembahyang didapati ramai orang boleh baca tetapi tidak boleh merasa.
Doa qunut contohnya, boleh dibaca dan mungkin tahu maksud bacaan itu,
tetapi tidak boleh dirasa. Kalau tidak boleh dirasa maka tidak ada
kesannya. Ia tidak sampai ke hati. Padahal kalau kita dapat rasa,
baru ia tertuju kepada akal dan roh. Sebab itu seorang yang boleh
merasa, dia tidak buat amalan sunat pun tidak apa. Amalan wajibnya
pun sudah cukup berkesan. Ada Sahabat Rasulullah yang tidak buat
ibadah sunat tetapi Rasulullah kata dia ahli Syurga. Ibadahnya
berkesan, walaupun dia buat yang wajib-wajib sahaja. Dalam rukun
Islam ini, kita kenalah ada ilmu, faham, yakin, amal dan hayati
(rasa).
3.
Ihsan
Kalau
diterjemah secara bahasa atau secara lughah, Ihsan maksudnya berbuat
baik. Tetapi Ihsan yang bersifat rohaniah atau hati lain maksudnya.
Ihsan ditakrifkan oleh Rasulullah SAW begini:“Hendaklah
kamu sembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Memang kamu tidak
boleh melihat Tuhan tetapi hendaklah kamu sedar dan rasakan di dalam
hati kamu, bahawa Tuhan melihat kamu.” (Riwayat Muslim)Ihsan
itu ialah apabila roh dan akal sedar bahawa Tuhan sedang melihat.
Rasa Tuhan melihat, mendengar, mengetahui dan rasa Tuhan berkuasa
mentadbir diri kita. Ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan ketika kita
laksanakan perintah dan suruhan Tuhan. Itu sangat sulit kalau jiwa
tidak hidup yakni kalau rasa bertuhan tidak ada. Rasa bertuhan itu
bukan di waktu beribadah sahaja. Waktu tidur dan berehat pun, rasa
bertuhan itu patut ada. Bagaimana? Bayangkan, kalaulah ada seekor
harimau di depan kita, bolehkah kita lupakan harimau itu seolaholah
ia tidak ada dan tidak wujud? Kalau ada harimau di depan kita,
bolehkah kita makan dan minum serta melupakan harimau itu begitu
sahaja? Bukan sahaja hendak lupakan harimau, hendak makan pun kita
tidak lalu. Tidak tentu arah kita dibuatnya. Harimau tidak sehebat
mana. Tuhan maha hebat. Nasib kita di dunia dan di Akhirat adalah di
tangan-Nya. Kalau Dia kata mati, matilah kita. Kalau Dia kata miskin,
akan miskinlah kita. Jadi, bagaimana kita hendak lupakan Tuhan.
Itulah Ihsan. Yakni, waktu ibadah fardhu dan sunat atau di luar
ibadah, terasa Tuhan melihat dan memerhati. Terasa bahawa Dia yang
berkuasa di atas diri kita dan serba salah dan tidak tentu arah kita
dibuatnya.Ihsan
ini sangat susah untuk diamalkan. Ia ada di dalam ibadah dan ada di
luar ibadah. Waktu puasa ada Ihsan, di luar puasa pun ada Ihsan.
Waktu sembahyang ada Ihsan, di luar sembahyang pun ada Ihsan. Begitu
juga waktu haji. Di dalam dan di luar haji ada Ihsan. Ertinya rasa
bertuhan tidak boleh hilang. Rasa bahawa Tuhan itu berkuasa tidak
boleh hilang. Rasa Tuhan itu melihat, mengetahui dan berkehendak
tidak boleh hilang. Inilah yang dimaksudkan oleh sepotong ayat Al
Quran: Maksudnya: “Orang yang mengingati, terkenang-kenangkan Allah
di waktu berdiri, duduk dan ketika ber-baring.” (Ali Imran: 191)Ertinya,
bukan sahaja di dalam ibadah malahan di luar ibadah, sewaktu sedang
bekerja, sedang membeli belah, sedang berjalan, sedang memasak, semua
ingat dan terkenang-kenangkan Allah. Inilah rukun Ihsan. Rukun Ihsan
itu satu sahaja iaitu rasa bertuhan, seperti rasa diawasi, rasa
dilihat dan rasa Tuhan sentiasa menguasai kita.
IBADAH
ITU BERTUJUAN UNTUK MENDIDIK
Ibadah
itu sama ada ibadah lahir yang terangkum di dalam syariat, lagilah
ibadah batin atau ibadah hati yang terangkum di dalam Tauhid dan
Tasawuf, ianya bertujuan untuk mendidik. Ia makanan bagi jiwa. Ia
dapat membina dan memberi kekuatan kepada jiwa. Ia boleh menambah
taqwa. Supaya ibadah itu dapat mendidik, mesti ada disiplinnya yakni
mesti ada ilmunya, difahami, diyakini dan dihayati. Ilmu itu benda
mati. Faham itu bila ilmu dapat mencetuskan rasa. Yakin itu bila
pegangan kuat dan tidak goyang dan penghayatan itu ialah apabila
hati, roh dan jiwa turut sama dalam beribadah.Ilmunya
sudah tentu penting kerana tanpa ilmu, kita tidak akan tahu cara yang
sebenar untuk beribadah dan tanpa ilmu, ibadah kita pasti akan
tertolak. Tuhan tidak terima ibadah yang dibuat tanpa ilmu.Faham
lebih penting lagi sebab faham itulah hikmahnya. Faham itu ialah ilmu
dalam ilmu. Kalau tidak faham, batin atau roh ibadah akan rosak.
Yakin perlu supaya hati kita tidak dilanda syak, ragu, zan dan waham
yang akan merosakkan ibadah kita.Kemuncak
dari ilmu, faham dan yakin itu adalah pengha-yatan. Penghayatan itu
ialah apabila ilmu, faham dan yakin itu betul-betul menjadi roh kita,
otak kita, hati kita dan sikap kita. Apabila sesuatu ibadah itu sudah
dihayati. Maka ibadah itu akan menjadi sumber didikan, sumber
kekuatan jiwa dan akan menambah taqwa.Solat
contohnya, yang merupakan tiang agama dan ibu bagi segala ibadah
adalah satu modul didikan dan latihan jiwa yang lengkap. Segala unsur
keinsanan terlibat dalam solat termasuk anggota lahir, lidah, akal
dan hati. Kalau solat dapat dibuat dengan khusyuk, tawadhuk dan
khuduk dan dapat difahami, dihayati dan dijiwai segala apa yang
dibaca dan dilafazkan, maka akan timbul rasa bertuhan dan rasa
kehambaan di dalam hati kita. Rasa bertuhan adalah rasa Allah
sentiasa melihat, mengawasi dan mengetahui tentang diri kita. Rasa
Allah Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya dan sebagainya. Rasa
kehambaan pula adalah rasa hina, bersalah dan berdosa di sisi Tuhan.
Rasa lemah, dhaif dan bergantung harap kepada Tuhan.Rasa
bertuhan akan menyuburkan sifat-sifat mahmudah dalam hati kita. Rasa
kehambaan pula akan memusnahkan dan membakar sifat-sifat keji atau
mazmumah dari hati kita. Solat yang sempurna dan lengkap lahir
batinnya akan menjadikan kita orang yang kuat keyakinan, kuat iman,
baik akhlak, berdisiplin, bersih lahir dari maksiat dan kemungkaran,
kuat syariat dan bersih jiwa dari sifat-sifat keji dan tercela.Begitu
juga puasa. Kalau dilaksanakan berserta rohnya dan ada
penghayatannya, jiwa kita yang jahat dan tenat dapat dipulihkan.
Mazmumah dipulihkan kepada mahmudah. Ke-gelisahan dipulihkan kepada
ketenangan. Fitrah dapat dikem-balikan semula kepada keadaan asal
semulajadinya yang suci dan tenang.Zakat
pula sepatutnya dapat mengungkai sifat-sifat tamak dan bakhil. Zakat,
kalau dihayati boleh menyembuhkan penyakit cinta dunia dan
mendatangkan rasa belas kasihan dan kasih sayang terhadap fakir
miskin.
KENAPA
SELAMA INI IBADAH TIDAK MENDIDIK KITA
Sebab
pertama ialah kerana selama ini kita diberi ilmu tentang ibadah hanya
yang bersangkut-paut dengan hukum-hakamnya sahaja iaitu tentang
syarat, rukun, sah dan batalnya sahaja. Oleh itu dalam ibadah, itulah
perkara yang kita jaga sangat-sangat dan tidak lebih dari itu. Ilmu
lain tentang ibadah termasuk falsafahnya tidak diajar. Kefahaman
tidak diajar. Penghayatan tidak diajar. Hasilnya segala ibadah yang
kita buat, kalaupun sah dan cukup syarat rukunnya, tetapi tidak dapat
dihayati.Apabila
ibadah tidak dihayati, maka rugilah kita kerana ibadah kita itu tidak
mendidik kita. Hati kita tidak berubah walaupun kita sudah beribadah
berpuluh-puluh tahun lamanya malahan sepanjang hidup kita. Ibadah
kita tidak menjadi makanan bagi jiwa. Ia tidak membentuk dan
menguatkan jiwa kita. Ia tidak menambahkan taqwa kita. Lebih malang
lagi, ibadah kita itu tidak sampai kepada Tuhan.Ilmu
ibadah yang kita belajar selama ini tidak langsung menyentuh soal roh
ibadah atau hikmah dalam ibadah. Sebab itu kita lihat, orang yang
banyak ibadah dan banyak sembah-yang, ibadah dan sembahyang mereka
tidak memberi apa-apa kesan di dalam diri dan hati mereka. Akhlak
mereka tidak banyak berubah. Bahkan orang yang banyak ibadah dan
sembahyang selalunya menjadi beku, jumud, pasif dan tidak produktif.Kedua
adalah kerana kebanyakan orang tidak ada ilmu dan tidak faham tentang
Tuhan. Oleh sebab itu ibadah mereka tidak memberi kesan. Ibadah
termasuk sembahyang bukan untuk mengajar atau memahamkan manusia
tentang Tuhan. Manusia sepatutnya sudah ada ilmu dan sudah faham
tentang Tuhan sebelum mereka beribadah atau sebelum mereka
sembahyang. Ibadah dan sembahyang itu hanya untuk mengingatkan dan
menyedarkan manusia tentang Tuhan sebab manusia itu sering lupa.Ibadah
dan sembahyang hanya akan memberi kesan kepada orang yang sudah ada
ilmu dan faham tentang Tuhan. Orang yang tidak faham Tuhan, ibadah
dan sembahyangnya tidak ada erti apa-apa. Dia tidak akan dapat rasa
bertuhan dalam ibadahnya kerana dia tidak tahu dan tidak faham Tuhan.
Itu sebab sebelum kita bersyariat, Tauhid kena selesai dahulu. Hadis
ada menyebut, “Awal-awal agama mengenal Allah.”
CONTOH
SEJARAH ORANG-ORANG BERTAQWARasulullah
pernah bercerita tentang Sayidina Abu Bakar yang tinggi darjatnya di
sisi Allah lebih kurang begini:Apa
yang hebat pada Abu Bakar di sisi Tuhan itu bukan sembahyangnya,
bukan puasanya, bukan sedekahnya, bukan jihadnya padahal semua itu
hebat belaka. Tetapi yang hebat di sisi Tuhan itu ialah apa yang ada
di dalam hatinya.Walaupun
faktor lahir Sayidina Abu Bakar itu begitu hebat sekali tetapi Tuhan
tidak pandang itu semua. Tuhan nilai faktor dalamannya. Diceritakan
lagi bahawa dalam satu majlis, Rasulullah SAW sedang bercakap kepada
para Sahabat, “Tidak lama lagi akan datang ke majlis kita ini
seorang ahli Syurga.”Tidak
lama selepas itu, orang itu pun datang lalu memberi salam. Rasulullah
SAW pun berkata, “Silakan.”Itulah
orangnya yang Rasulullah SAW sebut bahawa dia ahli Syurga. Rupanya,
ada Sahabat yang ambil perhatian. Apakah kelebihan orang ini? Selepas
majlis selesai, Sahabat tersebut mengekori orang tadi balik ke rumah
tanpa disedarinya. Setelah sampai, dia bertanya, “Bolehkah saya
menumpang bermalam di rumah saudara?” Orang tadi berkata, “Ahlan
wasahlan, silakan.”Tujuan
Sahabat itu menumpang bermalam adalah untuk melihat apa kelebihan
orang itu kerana dalam ramai-ramai Sahabat, yang ini disebut khusus
oleh Rasulullah sebagai ahli Syurga. Sahabat yang menumpang bermalam
itu tidak tidur tetapi dia memerhati sahaja sampai ke subuh.
Dilihatnya tidak ada sesuatu pun yang istimewa. Orang itu sembahyang
yang fardhu sahaja. Sunat rawatib pun dia tidak buat. Malam pun dia
tidak bangun untuk tahajud. Padahal Sahabat itu sendiri tahajud
malam, sembahyang sunat, berwirid, berzikir dan membaca Al Quran.
Pening dia memikirkan. Beginikah ibadah ahli Syurga?Selepas
sembahyang Subuh, mereka berbual. Sahabat itu berkata, “Semalam,
sebelum saudara datang ke majlis, Rasu-lullah ada menyebut, ‘Sekejap
lagi akan datang ke majlis ini seorang ahli Syurga’. Tiba-tiba
saudara datang. Jadi, saudaralah orangnya. Tujuan saya minta bermalam
di rumah saudara adalah untuk melihat amal ibadah saudara untuk saya
tiru. Tetapi saya tengok, semalam tidak ada apa-apa pun. Saudara
sembahyang yang fardhu sahaja. Apakah rahsia sebenar saudara boleh
menjadi ahli Syurga?”Orang
itu menjawab, “Wahai saudara, dalam hidup ini, saya bukan sahaja
tidak ada hasad dengki, fikir untuk berhasad dengki pun tidak.”Rupanya,
faktor dalaman iaitu kebersihan hati itulah yang besar. Orang itu
bukan setakat tidak berhasad dengki, niat atau teringat hendak
berhasad dengki pun tidak ada.Ada
satu lagi contoh lain yang berlaku di zaman Rasulullah. Pada satu
masa, ada seorang Sahabat yang menceritakan kepada Rasulullah SAW,
“Saya ada seorang jiran yang kuat ibadahnya. Malam dia bertahajud,
siang dia berpuasa sunat. Tetapi perempuan itu ada sedikit cacatnya.
Dia sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati jirannya.”
Rasulullah berkata, “Dia adalah ahli Neraka.”Kalau
dilihat pada lahiriah perempuan itu, memang hebat tetapi itu baru
10%. Dalamnya rosak sebab ada hasad dengki. Walaupun cacatnya satu
sahaja tetapi ia besar. Macam orang cantik tetapi dalam badannya ada
barah. Apa erti cantik, apa erti hidung mancung dan apa erti kulit
putih melepak kalau dalam badan ada barah.
RUMUSAN
TENTANG RUKUN TAQWA
Kini
baru kita tahu bahawa rukun taqwa itu ialah Iman, Islam, dan Ihsan.
Dalam ke tiga-tiga perkara tersebut ada pula rukunrukunnya lagi yang
dikatakan rukun dalam rukun. Dalam rukun Iman ada empat rukun, dalam
rukun Islam ada lima rukun dan dalam rukun Ihsan ada satu rukun.
Kebanyakan rukun-rukun tersebut menyuluh hal dalaman atau batiniah.
Hanya satu sahaja yang menyuluh hal luaran atau hal lahiriah
(fizikal). Jadi apa yang kita dapat faham dari hakikat ini, taqwa itu
sebenarnya adalah 90% sebenarnya faktor dalaman, 10% sahaja faktor
luaran. Ertinya Tuhan mesti dihayati. Ibadah mesti dihayati. Tidak
cukup ibadah sekadar syarat, rukun, sah dan batal sahaja. Tidak ada
makna kalau ibadah itu cukup syarat, rukun dan sah pula pada hukum
syarak tetapi tidak dihayati atau dijiwai. Tuhan mesti dihayati
supaya lahir rasa kehambaan. Ini yang Tuhan mahu. Inilah jalan
mendapat taqwa.Dalam
sembahyang contohnya, tidak munasabah kita sembah Tuhan kalau kita
tidak kenal Tuhan dan kita tidak rasa yang Tuhan itu hebat. Apa erti
penyembahan kalau kita tidak kenal siapa yang kita sembah. Macam kita
kenal harimau. Tidak payah berusaha hendak rasa takut. Automatik kita
takut sebab kita kenal harimau. Begitu juga dengan Tuhan. Kalau kita
kenal Tuhan, tidak payah berusaha untuk rasa takut. Takut akan datang
sendiri. Kita tidak rasa takut sebab kita belum kenal Tuhan.
Sembahyang bukan setakat penyembahan fizikal. Ia adalah pergerakan
roh, hati dan perasaan.Oleh
itu hendak menjadi orang bertaqwa, faktor dalaman inilah yang paling
penting sebab ia merangkumi 90% dari taqwa. Kalau setakat buat yang
lahir sahaja walau sebanyak mana sekalipun, ia baru 10% dari taqwa.
Contohnya, katalah seorang ahli ibadah yang ibadahnya cukup banyak,
segala sembahyang fardhu dan sunat dia buat. Sembahyang sunatnya
sahaja ada sunat Isyrak, Dhuha, sunat Wudhuk, sunat Mutlak, sunat
Tahiyatul Masjid dan bermacam-macam sembahyang sunat lagi yang ada
tiga puluh tiga jenis kesemuanya. Begitu juga dari segi puasa. Puasa
Ramadhan dan segala macam puasa sunat dia buat. Begitu juga haji.
Segala macam jenis haji dia buat termasuk umrahnya sekali. Ditambah
pula dengan membaca Al Quran, wirid dan zikir. Ini semua bukan mudah
untuk dilaksanakan. Kita boleh jadi letih dan lesu. Tidak ramai orang
mampu buat semua ini.Namun
kalau ada pun orang yang larat dan mampu buat semua itu, ianya baru
10% dari taqwa. Walaupun ditambah dengan berjuang dan berdakwah,
tetap ianya 10% juga. Dengan segala amal, usaha dan ibadah lahiriah
itu, seseorang itu tidak akan dapat jadi orang yang bertaqwa. Peluang
untuk mendapat taqwa hanya 10%. Begitulah orang abid atau ahli
ibadah. Walaupun ibadah lahiriahnya banyak dan hebat, rukun
dalamannya tidak diambil berat. Rukun dalaman yang mencakupi 90% dari
taqwa itu bagaimana? Buat yang 10%, tinggal yang 90%, masakan boleh
berjaya.Di
sini jelas dan terbukti bahawa taqwa itu ditentukan oleh faktor
dalaman sekadar 90%. Faktor luaran hanya 10%. Kalau orang boleh
memperhebatkan dalamannya dan yang luar buat hanya yang wajib sahaja
pun sudah cukup. Dengan itu, peluang mendapat taqwa lebih banyak.
Tetapi kalau faktor luar hebat, dalaman sedikit sangat, dia tetap
dianggap zalim atau fasik. Nerakalah tempatnya kalau tidak diampun
Tuhan. Jangan kita tertipu dengan luaran sahaja. Jangan kita tertipu
dengan banyak sembahyang, banyak puasa, banyak wirid, banyak baca
Quran, banyak berdakwah kerana itu luaran sahaja. Taqwa itu 90%
faktor dalaman.Umat
Islam tertipu bila bangga dengan sembahyang, bangga dengan haji,
bangga dengan umrah, bangga dengan sedekah, bangga dengan berjuang,
bangga dengan berdakwah. Tetapi faktor dalaman tidak pernah dijaga.
Mazmumah bersarang di hati. Rasa bertuhan tidak ada, rasa hamba tidak
ada, rasa cinta Tuhan tidak ada, rasa Tuhan hebat tidak ada, gerun
dengan Tuhan pun tidak ada. Maka yang luar tidak ada nilai apa-apa.
Itupun kalau yang luar dapat dibuat semuanya. Kalau dapat buat
sikit-sikit dapatlah beberapa peratus. Selalunya kalau faktor luar
bukannya kita akan dapat 10% hanya 3% sahaja. Bukannya kita larat
hendak buat 33 jenis sembahyang sunat dan ibadah-ibadah sunat yang
lain.Jadi,
umat Islam hari ini hancur, pecah belah, haru-biru adalah kerana
faktor dalaman tidak selesai. Rukun kepada rukun iman sudah jatuh.
Rukun kepada rukun Islam sudah jatuh. Rukun kepada rukun Ihsan sudah
jatuh. Akhirnya, rukun Iman, Islam dan Ihsan tidak ada erti apa-apa
lagi. Sembahyang banyak mana pun tidak ada apa-apa makna. Hafal rukun
iman pun tidak ada peranan apa-apa. Maka tidak pelik kalau perangai
tidak berubah. Masih lagi mengata orang, menghina dan marah orang.
Sebab memang tidak pernah diajar bahawa faktor dalaman itu penting.
Yang dianggap penting selama ini ialah faktor luaran. Dalam Islam,
faktor dalaman penting. Tetapi ini tidak pernah diajar. Taqwa itu
ditentukan oleh faktor dalaman 90% dan faktor luaran hanya 10%.
No comments:
Post a Comment