Saturday, 25 February 2012

Allah Permudahkanlah Diriku Dimuka BumiMu



Antara Doa Harian yang boleh di amalkan supaya dipermudahkan segala urusan ;)

Maksudnya:-
1. Ya Tuhanku. Masukkanlah aku dengan cara yang benar, keluarkanlah aku dengan cara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Mu kekuasaan yang menolong dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu pasti lenyap.

2. Ya Tuhanku ! Mudahkanlah urusan ku, jangan Engkau susahkan; ya Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan.

Ya Allah Kau permudahkanlah diriku dalam mencari rezeki halalMu dibumiMu ini. Amin Ya Rabbal Alamin..
Ya Karim Ya Latif..Ya Karim Ya Latif..Ya Karim Ya Latif

Hidup..baik manusia atau binatang semuanya mahu hidup..Akan tetapi hidup bukan untuk makan..tapi makan untuk hidup..so nak cari bahan untuk makan..kena usaha..sejak zaman jahilliah hingga ke zaman serba canggih ini...tak de perkara yang free..Allah jadikan manusia dengan akal fikiran untuk kita usaha bagi mendapatkan rezeki untuk terus hidup..rezeki kecik atau rezeki besar berpandu kepada usaha.."Usaha Tanda Kejayaan" satu slogan yang famous pada diri setiap insan didunia ini.

Ulat yang dalam tanah pun berusaha untuk hidup..inikan manusia..

No comments:

Post a Comment