Kembara DiBumi Allah
Monday, 13 January 2014
Sunday, 25 March 2012
IMAN, ISLAM, IHSAN – RUKUN TAQWA
Cara
mendapatkan taqwa adalah satu pakej yang terdiri dari tiga perkara.
Tiga perkara inilah yang paling penting dan paling asas dari
keseluruhan usaha mendapatkan taqwa itu. Kalau tiga perkara ini tidak
diperolehi dan tidak dihayati, maka usaha yang lain itu tidak ada
erti apa-apa. Kalau dibuat pun sia-sia belaka. Tiga perkara dalam
pakej itu yang dinamakan rukun taqwa adalah:
1. Iman
2. Islam
3. Ihsan
Kita
biasa dengar tentang Iman sampai sudah lali. Kita biasa dengar
tentang Islam sampai sudah lali. Kita pun sebut Ihsan sampai sudah
lali. Tetapi kita tidak pernah tahu ketiga-tiga itu adalah rukun
taqwa. Ketiga-tiga perkara di atas yang dijadikan satu pakej
dinamakan rukun taqwa. Kalau rukun tidak ada kita tidak dapat
tegakkan taqwa. Ibarat rumah, kalau tiang tidak ada, kita tidak boleh
tegakkan rumah. Selama ini kita tidak pernah belajar atau diajar
tentang rukun taqwa ini. Ia adalah asas, tapak atau benih taqwa.
Memang itu salah kita. Kita belajar pun tidak pernah habis. Belajar
sedikit, pindah. Belajar sedikit, tinggal.Kalau
hendak dikupaskan lagi, ketiga-tiga istilah ini bolehlah dikaitkan
dengan Tauhid, Syariat dan Tasawuf. Iman itu Tauhid. Islam itu
Syariat dan Ihsan itu Tasawuf.Setiap
perkara dalam ajaran Islam itu ada rukun dan ada syaratnya. Ada sah
dan ada batalnya. Sembahyang misalnya, ada rukun, ada syarat, ada sah
dan ada batalnya. Begitu juga dengan puasa dan haji, ada syarat,
rukun, sah dan batalnya. Dengan taqwa tentulah lebih-lebih lagi
kerana ia lebih besar dari sembahyang, lebih besar dari puasa dan
lebih besar dari haji. Tentu ada rukun, syarat, sah dan batalnya.
Orang tidak pernah ceritakan hal ini. Iman, Islam dan Ihsan adalah
rukun taqwa. Rukun itu ertinya tiang. Kalau tidak ada tiang ertinya
taqwa tidak boleh dibangunkan.Iman
ada pakejnya. Islam ada pakejnya. Begitu juga Ihsan ada pakejnya.
Contohnya, Islam itu yang asasnya ialah rukun Islam. Yang tambahannya
banyak seperti sembahyang sunat, puasa sunat, berjuang dan lain-lain.
Itu semua syariat. Ga-bungan semua itu, barulah jadi rukun kepada
taqwa.
RUKUN
DALAM RUKUN
Walaupun rukun taqwa itu ialah Iman, Islam dan Ihsan tetapi dalam rukun taqwa itu ada pula rukun-rukun tambahan yang lain. Ia rukun di dalam rukun. Rukun di dalam rukun ini diperjelaskan seperti berikut:
1.
Iman
Iman di sini ialah apa yang diterangkan di dalam rukun iman yang enam iaitu percaya akan Allah, malaikat-Nya, kitab-Nya, Rasul-Nya, hari Akhirat dan qada’ dan qadar. Dalam rukun iman yang enam ini pula, ada empat perkara yang menjadi rukun iaitu rukun dalam rukun. Dalam hendak membangunkan iman di atas enam rukun iman itu, ada empat rukun lagi iaitu:
i.
Ilmu
Keenam-enam rukun iman itu tidak boleh dibangunkan kalau tidak ada ilmu. Kalau kita sekadar percaya tetapi tidak berdasarkan ilmu, tiang pada iman sudah runtuh. Rukun pada rukun iman itu sudah tidak ada. Membangunkan iman mesti atas dasar ilmu supaya kefahaman kita terhadap enam rukun iman itu betul dan tepat.
ii.
Faham
Ilmu itu pula mesti difahami yakni ia tidak boleh terhenti di akal. Ia mesti diserapkan ke dalam hati. Memahami itu adalah dengan akal dan hati.
iii.
Yakin
Selepas ilmu tentang enam rukun iman itu jelas dan di-fahami, kita kena yakin dengannya. Keyakinan ini tidak boleh dicelahi oleh syak, zan atau waham. Keyakinanlah yang akan mendorong kita menghayatinya. Namun hendak yakin dengan Tuhan dan lain-lain perkara dalam rukun iman berdasarkan ilmu bukan senang.
iv.
Penghayatan
Hendak menghayati inilah yang susah. Menghayati itu maksudnya merasa bertuhan. Merasakan Tuhan ada peranan dalam hidup kita. Merasa hebat, cinta dan takut dengan Tuhan. Merasakan Tuhan sentiasa melihat, mengetahui dan mengawasi kita. Begitu juga penghayatan tentang rukunrukun iman yang lain.Jadi ada empat perkara dalam satu pakej yang menjadi rukun kepada rukun iman yang enam. Yakni berlaku atau tidaknya rukun iman yang enam itu ditentukan oleh empat tiangnya iaitu ilmu, faham, yakin dan penghayatan. Di sini, tidak ada satu perkara pun yang bersifat lahiriah. Kesemuanya bersifat maknawiyah.Rukun iman itu bukan percaya begitu sahaja. Kita mesti yakin. Mungkin percaya atas dasar ilmu, mudah. Tetapi untuk yakin, itu susah. Ia perlu kepada kefahaman. Untuk menghayati lebih-lebih lagi susah.Contohnya ada disebut dalam Al Quran dan Hadis:
Maksudnya: “Barangsiapa yang
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang
dikehendaki)-Nya.”Tuhan berkata lagi:
Maksudnya:“Barangsiapa pemurah, dia tidak akan papa bahkan Tuhan
akan pemurah dengannya. Tuhan akan lepaskan dia dari masalah dan
diberi rezeki dari sumber Allah.”
Walaupun ini kita percaya tetapi dalam realiti hidup, san-daran kita bukan pada Tuhan. Itu yang susah. Kita percaya sumber rezeki kita dari Tuhan tetapi sandaran kita pada duit. Kita percaya tetapi sandaran kita pada kerja. Kita rasa kalau tidak ada kerja, kita tidak boleh makan. Kita percaya Tuhan memberi rezeki tetapi sandaran kita dengan ilmu. Kita percaya dengan Tuhan tetapi kita rasa kalau tidak bersandar dengan menteri atau kuasa politik, kita tidak boleh berniaga, tidak boleh makan. Susah hendak yakin. Percaya, memanglah percaya tetapi hendak yakin, susah. Sedangkan iman itu satu pakej iaitu ilmu, faham, yakin dan penghayatan. Kalau tidak cukup pakejnya, cacatlah iman. Kalau besar cacatnya, jadi kafir. Kalau kafir, sembahyang dan puasa pun tidak berguna. Kekal dalam Neraka. Kalau dosa kecil ia menjadi besar sebab ia bersangkut dengan akidah. Iman itu perlu ada ilmu, faham, yakin dan dihayati, baru sempurna.
2.
Islam
Islam merangkumi lima rukun Islam yang kita semua sudah pelajari di masjid dan di surau. Ia adalah mengucap dua kalimah syahadah, sembahyang, puasa, zakat dan haji. Seperti juga iman, cara untuk membangunkan lima rukun Islam ini ada rukunnya pula sebagai tiangnya. Kalau tidak ada rukunnya atau tiangnya, bagaimana kita hendak bangunkan rukun Islam. Ada lima perkara dalam satu pakej yang menjadi rukun kepada tertegaknya rukun Islam itu iaitu:
i.
Ilmu
Syahadah umpamanya takkanlah cukup dengan mengu-capkan kalimah sahaja dengan tidak ada ilmunya dan tidak tahu tuntutan-tuntutannya. Terjemahannya sahaja tidak cukup. Begitu juga sembahyang. Mesti juga berdasarkan ilmu. Jadi rukun Islam itu mesti berdasarkan ilmu. Amalan tanpa ilmu tertolak.
ii.
Faham
Dalam menegakkan rukun Islam, kita mesti faham. Kalau dengan ilmu sahaja, mungkin kita boleh buat yang lahirnya tetapi batinnya rosak. Faham perlu untuk menjaga batin atau roh ibadah.
iii.
Yakin
Yakin menjadi syarat. Kita kena yakin dengan ilmu kita dan ibadah kita itu. Ia perintah Tuhan. Bukan suka-suka dan bukan sekadar hobi.
iv.
Perlaksanaan (Amalan)Semua
rukun Islam itu mestilah dilaksanakan dan diamalkan mengikut ilmunya.
Di sini baru ada perkara yang lahiriah.
v.
Penghayatan (Rasa)
Dalam melaksanakan rukun Islam, ia perlu dihayati supaya bukan lahir saja yang berbuat. Hati mesti ikut sama. Sembahyang contohnya mesti ada penghayatan.Rupanya, dalam rukun Islam ada lima lagi rukunnya dalam satu pakej. Empat berbentuk dalaman atau batiniah dan satu berbentuk lahiriah.Ada ilmu, faham, yakin dan laksanakan (amalkan), itu mudah tetapi untuk menghayati adalah payah. Apa maksud hayati? Menghayati itu adalah merasa. Contohnya sembahyang. Antara rukunnya ialah membaca Fatehah. Katalah kita ada ilmu tentang surah Al Fatehah. Kita faham tajwid, faham makna dan faham maksudnya. Kita pun baca. Kita boleh baca tetapi belum tentu kita boleh merasa. Kita baca, cantiklah tajwidnya, faham pula makna dan maksudnya, tetapi sudah bolehkah kita rasa?Dalam sembahyang didapati ramai orang boleh baca tetapi tidak boleh merasa. Doa qunut contohnya, boleh dibaca dan mungkin tahu maksud bacaan itu, tetapi tidak boleh dirasa. Kalau tidak boleh dirasa maka tidak ada kesannya. Ia tidak sampai ke hati. Padahal kalau kita dapat rasa, baru ia tertuju kepada akal dan roh. Sebab itu seorang yang boleh merasa, dia tidak buat amalan sunat pun tidak apa. Amalan wajibnya pun sudah cukup berkesan. Ada Sahabat Rasulullah yang tidak buat ibadah sunat tetapi Rasulullah kata dia ahli Syurga. Ibadahnya berkesan, walaupun dia buat yang wajib-wajib sahaja. Dalam rukun Islam ini, kita kenalah ada ilmu, faham, yakin, amal dan hayati (rasa).
3.
Ihsan
Kalau diterjemah secara bahasa atau secara lughah, Ihsan maksudnya berbuat baik. Tetapi Ihsan yang bersifat rohaniah atau hati lain maksudnya. Ihsan ditakrifkan oleh Rasulullah SAW begini:“Hendaklah kamu sembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Memang kamu tidak boleh melihat Tuhan tetapi hendaklah kamu sedar dan rasakan di dalam hati kamu, bahawa Tuhan melihat kamu.” (Riwayat Muslim)Ihsan itu ialah apabila roh dan akal sedar bahawa Tuhan sedang melihat. Rasa Tuhan melihat, mendengar, mengetahui dan rasa Tuhan berkuasa mentadbir diri kita. Ada rasa kehambaan dan rasa bertuhan ketika kita laksanakan perintah dan suruhan Tuhan. Itu sangat sulit kalau jiwa tidak hidup yakni kalau rasa bertuhan tidak ada. Rasa bertuhan itu bukan di waktu beribadah sahaja. Waktu tidur dan berehat pun, rasa bertuhan itu patut ada. Bagaimana? Bayangkan, kalaulah ada seekor harimau di depan kita, bolehkah kita lupakan harimau itu seolaholah ia tidak ada dan tidak wujud? Kalau ada harimau di depan kita, bolehkah kita makan dan minum serta melupakan harimau itu begitu sahaja? Bukan sahaja hendak lupakan harimau, hendak makan pun kita tidak lalu. Tidak tentu arah kita dibuatnya. Harimau tidak sehebat mana. Tuhan maha hebat. Nasib kita di dunia dan di Akhirat adalah di tangan-Nya. Kalau Dia kata mati, matilah kita. Kalau Dia kata miskin, akan miskinlah kita. Jadi, bagaimana kita hendak lupakan Tuhan. Itulah Ihsan. Yakni, waktu ibadah fardhu dan sunat atau di luar ibadah, terasa Tuhan melihat dan memerhati. Terasa bahawa Dia yang berkuasa di atas diri kita dan serba salah dan tidak tentu arah kita dibuatnya.Ihsan ini sangat susah untuk diamalkan. Ia ada di dalam ibadah dan ada di luar ibadah. Waktu puasa ada Ihsan, di luar puasa pun ada Ihsan. Waktu sembahyang ada Ihsan, di luar sembahyang pun ada Ihsan. Begitu juga waktu haji. Di dalam dan di luar haji ada Ihsan. Ertinya rasa bertuhan tidak boleh hilang. Rasa bahawa Tuhan itu berkuasa tidak boleh hilang. Rasa Tuhan itu melihat, mengetahui dan berkehendak tidak boleh hilang. Inilah yang dimaksudkan oleh sepotong ayat Al Quran: Maksudnya: “Orang yang mengingati, terkenang-kenangkan Allah di waktu berdiri, duduk dan ketika ber-baring.” (Ali Imran: 191)Ertinya, bukan sahaja di dalam ibadah malahan di luar ibadah, sewaktu sedang bekerja, sedang membeli belah, sedang berjalan, sedang memasak, semua ingat dan terkenang-kenangkan Allah. Inilah rukun Ihsan. Rukun Ihsan itu satu sahaja iaitu rasa bertuhan, seperti rasa diawasi, rasa dilihat dan rasa Tuhan sentiasa menguasai kita.
IBADAH
ITU BERTUJUAN UNTUK MENDIDIK
Ibadah itu sama ada ibadah lahir yang terangkum di dalam syariat, lagilah ibadah batin atau ibadah hati yang terangkum di dalam Tauhid dan Tasawuf, ianya bertujuan untuk mendidik. Ia makanan bagi jiwa. Ia dapat membina dan memberi kekuatan kepada jiwa. Ia boleh menambah taqwa. Supaya ibadah itu dapat mendidik, mesti ada disiplinnya yakni mesti ada ilmunya, difahami, diyakini dan dihayati. Ilmu itu benda mati. Faham itu bila ilmu dapat mencetuskan rasa. Yakin itu bila pegangan kuat dan tidak goyang dan penghayatan itu ialah apabila hati, roh dan jiwa turut sama dalam beribadah.Ilmunya sudah tentu penting kerana tanpa ilmu, kita tidak akan tahu cara yang sebenar untuk beribadah dan tanpa ilmu, ibadah kita pasti akan tertolak. Tuhan tidak terima ibadah yang dibuat tanpa ilmu.Faham lebih penting lagi sebab faham itulah hikmahnya. Faham itu ialah ilmu dalam ilmu. Kalau tidak faham, batin atau roh ibadah akan rosak. Yakin perlu supaya hati kita tidak dilanda syak, ragu, zan dan waham yang akan merosakkan ibadah kita.Kemuncak dari ilmu, faham dan yakin itu adalah pengha-yatan. Penghayatan itu ialah apabila ilmu, faham dan yakin itu betul-betul menjadi roh kita, otak kita, hati kita dan sikap kita. Apabila sesuatu ibadah itu sudah dihayati. Maka ibadah itu akan menjadi sumber didikan, sumber kekuatan jiwa dan akan menambah taqwa.Solat contohnya, yang merupakan tiang agama dan ibu bagi segala ibadah adalah satu modul didikan dan latihan jiwa yang lengkap. Segala unsur keinsanan terlibat dalam solat termasuk anggota lahir, lidah, akal dan hati. Kalau solat dapat dibuat dengan khusyuk, tawadhuk dan khuduk dan dapat difahami, dihayati dan dijiwai segala apa yang dibaca dan dilafazkan, maka akan timbul rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita. Rasa bertuhan adalah rasa Allah sentiasa melihat, mengawasi dan mengetahui tentang diri kita. Rasa Allah Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya dan sebagainya. Rasa kehambaan pula adalah rasa hina, bersalah dan berdosa di sisi Tuhan. Rasa lemah, dhaif dan bergantung harap kepada Tuhan.Rasa bertuhan akan menyuburkan sifat-sifat mahmudah dalam hati kita. Rasa kehambaan pula akan memusnahkan dan membakar sifat-sifat keji atau mazmumah dari hati kita. Solat yang sempurna dan lengkap lahir batinnya akan menjadikan kita orang yang kuat keyakinan, kuat iman, baik akhlak, berdisiplin, bersih lahir dari maksiat dan kemungkaran, kuat syariat dan bersih jiwa dari sifat-sifat keji dan tercela.Begitu juga puasa. Kalau dilaksanakan berserta rohnya dan ada penghayatannya, jiwa kita yang jahat dan tenat dapat dipulihkan. Mazmumah dipulihkan kepada mahmudah. Ke-gelisahan dipulihkan kepada ketenangan. Fitrah dapat dikem-balikan semula kepada keadaan asal semulajadinya yang suci dan tenang.Zakat pula sepatutnya dapat mengungkai sifat-sifat tamak dan bakhil. Zakat, kalau dihayati boleh menyembuhkan penyakit cinta dunia dan mendatangkan rasa belas kasihan dan kasih sayang terhadap fakir miskin.
KENAPA
SELAMA INI IBADAH TIDAK MENDIDIK KITA
Sebab pertama ialah kerana selama ini kita diberi ilmu tentang ibadah hanya yang bersangkut-paut dengan hukum-hakamnya sahaja iaitu tentang syarat, rukun, sah dan batalnya sahaja. Oleh itu dalam ibadah, itulah perkara yang kita jaga sangat-sangat dan tidak lebih dari itu. Ilmu lain tentang ibadah termasuk falsafahnya tidak diajar. Kefahaman tidak diajar. Penghayatan tidak diajar. Hasilnya segala ibadah yang kita buat, kalaupun sah dan cukup syarat rukunnya, tetapi tidak dapat dihayati.Apabila ibadah tidak dihayati, maka rugilah kita kerana ibadah kita itu tidak mendidik kita. Hati kita tidak berubah walaupun kita sudah beribadah berpuluh-puluh tahun lamanya malahan sepanjang hidup kita. Ibadah kita tidak menjadi makanan bagi jiwa. Ia tidak membentuk dan menguatkan jiwa kita. Ia tidak menambahkan taqwa kita. Lebih malang lagi, ibadah kita itu tidak sampai kepada Tuhan.Ilmu ibadah yang kita belajar selama ini tidak langsung menyentuh soal roh ibadah atau hikmah dalam ibadah. Sebab itu kita lihat, orang yang banyak ibadah dan banyak sembah-yang, ibadah dan sembahyang mereka tidak memberi apa-apa kesan di dalam diri dan hati mereka. Akhlak mereka tidak banyak berubah. Bahkan orang yang banyak ibadah dan sembahyang selalunya menjadi beku, jumud, pasif dan tidak produktif.Kedua adalah kerana kebanyakan orang tidak ada ilmu dan tidak faham tentang Tuhan. Oleh sebab itu ibadah mereka tidak memberi kesan. Ibadah termasuk sembahyang bukan untuk mengajar atau memahamkan manusia tentang Tuhan. Manusia sepatutnya sudah ada ilmu dan sudah faham tentang Tuhan sebelum mereka beribadah atau sebelum mereka sembahyang. Ibadah dan sembahyang itu hanya untuk mengingatkan dan menyedarkan manusia tentang Tuhan sebab manusia itu sering lupa.Ibadah dan sembahyang hanya akan memberi kesan kepada orang yang sudah ada ilmu dan faham tentang Tuhan. Orang yang tidak faham Tuhan, ibadah dan sembahyangnya tidak ada erti apa-apa. Dia tidak akan dapat rasa bertuhan dalam ibadahnya kerana dia tidak tahu dan tidak faham Tuhan. Itu sebab sebelum kita bersyariat, Tauhid kena selesai dahulu. Hadis ada menyebut, “Awal-awal agama mengenal Allah.”
CONTOH
SEJARAH ORANG-ORANG BERTAQWARasulullah
pernah bercerita tentang Sayidina Abu Bakar yang tinggi darjatnya di
sisi Allah lebih kurang begini:Apa
yang hebat pada Abu Bakar di sisi Tuhan itu bukan sembahyangnya,
bukan puasanya, bukan sedekahnya, bukan jihadnya padahal semua itu
hebat belaka. Tetapi yang hebat di sisi Tuhan itu ialah apa yang ada
di dalam hatinya.Walaupun
faktor lahir Sayidina Abu Bakar itu begitu hebat sekali tetapi Tuhan
tidak pandang itu semua. Tuhan nilai faktor dalamannya. Diceritakan
lagi bahawa dalam satu majlis, Rasulullah SAW sedang bercakap kepada
para Sahabat, “Tidak lama lagi akan datang ke majlis kita ini
seorang ahli Syurga.”Tidak
lama selepas itu, orang itu pun datang lalu memberi salam. Rasulullah
SAW pun berkata, “Silakan.”Itulah
orangnya yang Rasulullah SAW sebut bahawa dia ahli Syurga. Rupanya,
ada Sahabat yang ambil perhatian. Apakah kelebihan orang ini? Selepas
majlis selesai, Sahabat tersebut mengekori orang tadi balik ke rumah
tanpa disedarinya. Setelah sampai, dia bertanya, “Bolehkah saya
menumpang bermalam di rumah saudara?” Orang tadi berkata, “Ahlan
wasahlan, silakan.”Tujuan
Sahabat itu menumpang bermalam adalah untuk melihat apa kelebihan
orang itu kerana dalam ramai-ramai Sahabat, yang ini disebut khusus
oleh Rasulullah sebagai ahli Syurga. Sahabat yang menumpang bermalam
itu tidak tidur tetapi dia memerhati sahaja sampai ke subuh.
Dilihatnya tidak ada sesuatu pun yang istimewa. Orang itu sembahyang
yang fardhu sahaja. Sunat rawatib pun dia tidak buat. Malam pun dia
tidak bangun untuk tahajud. Padahal Sahabat itu sendiri tahajud
malam, sembahyang sunat, berwirid, berzikir dan membaca Al Quran.
Pening dia memikirkan. Beginikah ibadah ahli Syurga?Selepas
sembahyang Subuh, mereka berbual. Sahabat itu berkata, “Semalam,
sebelum saudara datang ke majlis, Rasu-lullah ada menyebut, ‘Sekejap
lagi akan datang ke majlis ini seorang ahli Syurga’. Tiba-tiba
saudara datang. Jadi, saudaralah orangnya. Tujuan saya minta bermalam
di rumah saudara adalah untuk melihat amal ibadah saudara untuk saya
tiru. Tetapi saya tengok, semalam tidak ada apa-apa pun. Saudara
sembahyang yang fardhu sahaja. Apakah rahsia sebenar saudara boleh
menjadi ahli Syurga?”Orang
itu menjawab, “Wahai saudara, dalam hidup ini, saya bukan sahaja
tidak ada hasad dengki, fikir untuk berhasad dengki pun tidak.”Rupanya,
faktor dalaman iaitu kebersihan hati itulah yang besar. Orang itu
bukan setakat tidak berhasad dengki, niat atau teringat hendak
berhasad dengki pun tidak ada.Ada
satu lagi contoh lain yang berlaku di zaman Rasulullah. Pada satu
masa, ada seorang Sahabat yang menceritakan kepada Rasulullah SAW,
“Saya ada seorang jiran yang kuat ibadahnya. Malam dia bertahajud,
siang dia berpuasa sunat. Tetapi perempuan itu ada sedikit cacatnya.
Dia sering menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati jirannya.”
Rasulullah berkata, “Dia adalah ahli Neraka.”Kalau
dilihat pada lahiriah perempuan itu, memang hebat tetapi itu baru
10%. Dalamnya rosak sebab ada hasad dengki. Walaupun cacatnya satu
sahaja tetapi ia besar. Macam orang cantik tetapi dalam badannya ada
barah. Apa erti cantik, apa erti hidung mancung dan apa erti kulit
putih melepak kalau dalam badan ada barah.
RUMUSAN
TENTANG RUKUN TAQWA
Kini baru kita tahu bahawa rukun taqwa itu ialah Iman, Islam, dan Ihsan. Dalam ke tiga-tiga perkara tersebut ada pula rukunrukunnya lagi yang dikatakan rukun dalam rukun. Dalam rukun Iman ada empat rukun, dalam rukun Islam ada lima rukun dan dalam rukun Ihsan ada satu rukun. Kebanyakan rukun-rukun tersebut menyuluh hal dalaman atau batiniah. Hanya satu sahaja yang menyuluh hal luaran atau hal lahiriah (fizikal). Jadi apa yang kita dapat faham dari hakikat ini, taqwa itu sebenarnya adalah 90% sebenarnya faktor dalaman, 10% sahaja faktor luaran. Ertinya Tuhan mesti dihayati. Ibadah mesti dihayati. Tidak cukup ibadah sekadar syarat, rukun, sah dan batal sahaja. Tidak ada makna kalau ibadah itu cukup syarat, rukun dan sah pula pada hukum syarak tetapi tidak dihayati atau dijiwai. Tuhan mesti dihayati supaya lahir rasa kehambaan. Ini yang Tuhan mahu. Inilah jalan mendapat taqwa.Dalam sembahyang contohnya, tidak munasabah kita sembah Tuhan kalau kita tidak kenal Tuhan dan kita tidak rasa yang Tuhan itu hebat. Apa erti penyembahan kalau kita tidak kenal siapa yang kita sembah. Macam kita kenal harimau. Tidak payah berusaha hendak rasa takut. Automatik kita takut sebab kita kenal harimau. Begitu juga dengan Tuhan. Kalau kita kenal Tuhan, tidak payah berusaha untuk rasa takut. Takut akan datang sendiri. Kita tidak rasa takut sebab kita belum kenal Tuhan. Sembahyang bukan setakat penyembahan fizikal. Ia adalah pergerakan roh, hati dan perasaan.Oleh itu hendak menjadi orang bertaqwa, faktor dalaman inilah yang paling penting sebab ia merangkumi 90% dari taqwa. Kalau setakat buat yang lahir sahaja walau sebanyak mana sekalipun, ia baru 10% dari taqwa. Contohnya, katalah seorang ahli ibadah yang ibadahnya cukup banyak, segala sembahyang fardhu dan sunat dia buat. Sembahyang sunatnya sahaja ada sunat Isyrak, Dhuha, sunat Wudhuk, sunat Mutlak, sunat Tahiyatul Masjid dan bermacam-macam sembahyang sunat lagi yang ada tiga puluh tiga jenis kesemuanya. Begitu juga dari segi puasa. Puasa Ramadhan dan segala macam puasa sunat dia buat. Begitu juga haji. Segala macam jenis haji dia buat termasuk umrahnya sekali. Ditambah pula dengan membaca Al Quran, wirid dan zikir. Ini semua bukan mudah untuk dilaksanakan. Kita boleh jadi letih dan lesu. Tidak ramai orang mampu buat semua ini.Namun kalau ada pun orang yang larat dan mampu buat semua itu, ianya baru 10% dari taqwa. Walaupun ditambah dengan berjuang dan berdakwah, tetap ianya 10% juga. Dengan segala amal, usaha dan ibadah lahiriah itu, seseorang itu tidak akan dapat jadi orang yang bertaqwa. Peluang untuk mendapat taqwa hanya 10%. Begitulah orang abid atau ahli ibadah. Walaupun ibadah lahiriahnya banyak dan hebat, rukun dalamannya tidak diambil berat. Rukun dalaman yang mencakupi 90% dari taqwa itu bagaimana? Buat yang 10%, tinggal yang 90%, masakan boleh berjaya.Di sini jelas dan terbukti bahawa taqwa itu ditentukan oleh faktor dalaman sekadar 90%. Faktor luaran hanya 10%. Kalau orang boleh memperhebatkan dalamannya dan yang luar buat hanya yang wajib sahaja pun sudah cukup. Dengan itu, peluang mendapat taqwa lebih banyak. Tetapi kalau faktor luar hebat, dalaman sedikit sangat, dia tetap dianggap zalim atau fasik. Nerakalah tempatnya kalau tidak diampun Tuhan. Jangan kita tertipu dengan luaran sahaja. Jangan kita tertipu dengan banyak sembahyang, banyak puasa, banyak wirid, banyak baca Quran, banyak berdakwah kerana itu luaran sahaja. Taqwa itu 90% faktor dalaman.Umat Islam tertipu bila bangga dengan sembahyang, bangga dengan haji, bangga dengan umrah, bangga dengan sedekah, bangga dengan berjuang, bangga dengan berdakwah. Tetapi faktor dalaman tidak pernah dijaga. Mazmumah bersarang di hati. Rasa bertuhan tidak ada, rasa hamba tidak ada, rasa cinta Tuhan tidak ada, rasa Tuhan hebat tidak ada, gerun dengan Tuhan pun tidak ada. Maka yang luar tidak ada nilai apa-apa. Itupun kalau yang luar dapat dibuat semuanya. Kalau dapat buat sikit-sikit dapatlah beberapa peratus. Selalunya kalau faktor luar bukannya kita akan dapat 10% hanya 3% sahaja. Bukannya kita larat hendak buat 33 jenis sembahyang sunat dan ibadah-ibadah sunat yang lain.Jadi, umat Islam hari ini hancur, pecah belah, haru-biru adalah kerana faktor dalaman tidak selesai. Rukun kepada rukun iman sudah jatuh. Rukun kepada rukun Islam sudah jatuh. Rukun kepada rukun Ihsan sudah jatuh. Akhirnya, rukun Iman, Islam dan Ihsan tidak ada erti apa-apa lagi. Sembahyang banyak mana pun tidak ada apa-apa makna. Hafal rukun iman pun tidak ada peranan apa-apa. Maka tidak pelik kalau perangai tidak berubah. Masih lagi mengata orang, menghina dan marah orang. Sebab memang tidak pernah diajar bahawa faktor dalaman itu penting. Yang dianggap penting selama ini ialah faktor luaran. Dalam Islam, faktor dalaman penting. Tetapi ini tidak pernah diajar. Taqwa itu ditentukan oleh faktor dalaman 90% dan faktor luaran hanya 10%.
Thursday, 22 March 2012
Perempuan vs Keputihan
Keputihan : Eiii...Tak Selesanya!
Sememangnya masalah keputihan seringkali mengganggu kehidupan seorang
wanita kerana ia boleh memberikan rasa tidak selesa, lembab, gatal,
panas bahkan rasa ngilu pada kawasan kemaluan.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Keputihan?
Dalam bahasa mudahnya, keputihan adalah cairan/lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Dalam bahasa perubatan, ia dikenali sebagai leucorrhoea atau fluor albus.
Dari Mana Datangnya Cairan/Lendir Keputihan Ini?
Cairan/lendir
ini boleh berasal dari tiga sumber iaitu:
1. Sekitar mulut vagina
2. Selaput liang vagina
3. Selaput rongga rahim
Adakah Semua Cairan/Lendir Yang Keluar Daripada Liang Faraj Itu Normal?
Mudah aja jawapannya. Sudah tentu ada yang normal dan ada yang tidak normal.
Mari Kita Lihat Apa Yang Dimaksudkan Dengan Cairan/Lendir Normal
• Pengeluaran cairan/lendir pada kelenjar mulut vagina (bibir faraj) – dipengaruhi oleh rangsangan berahi. Oleh kerana itu lendir ini akan meningkat jumlahnya dalam keadaan terangsang dan pada waktu
berlakunya
persetubuhan.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Keputihan?
Dalam bahasa mudahnya, keputihan adalah cairan/lendir yang keluar daripada liang faraj selain daripada darah haid. Dalam bahasa perubatan, ia dikenali sebagai leucorrhoea atau fluor albus.
Dari Mana Datangnya Cairan/Lendir Keputihan Ini?

1. Sekitar mulut vagina
2. Selaput liang vagina
3. Selaput rongga rahim
Adakah Semua Cairan/Lendir Yang Keluar Daripada Liang Faraj Itu Normal?
Mudah aja jawapannya. Sudah tentu ada yang normal dan ada yang tidak normal.
Mari Kita Lihat Apa Yang Dimaksudkan Dengan Cairan/Lendir Normal
• Pengeluaran cairan/lendir pada kelenjar mulut vagina (bibir faraj) – dipengaruhi oleh rangsangan berahi. Oleh kerana itu lendir ini akan meningkat jumlahnya dalam keadaan terangsang dan pada waktu

• Pengeluaran cairan/lendir pada
selaput liang vagina dan rongga rahim –
dipengaruhi oleh hormon. Oleh itu lendir ini akan meningkat jumlahnya
sebelum dan sesudah haid atau sewaktu menghampiri waktu subur. Pada
peringkat menopaus, pengeluaran cairan/lendir ini akan berkurang.
• Dalam kes normal, cairan/lendir dari ketiga-tiga sumber ini
berwarna jernih, tidak berbau dan tidak diiringi rasa gatal.
Kadangkala cairan/lendir ini boleh keluar dengan banyak tetapi tetap
jernih, tidak berbau dan tidak gatal.
Siapakah Yang Kerap Mengalami Masalah Keputihan Normal?
1.
Wanita yang menghampiri masa subur, sebelum atau sesudah haid.
Siapakah Yang Kerap Mengalami Masalah Keputihan Normal?


3. Wanita hamil
5. Wanita yang sedang dalam rawatan
dengan ubat hormon



8. Gadis muda yang menghampiri masa puberti atau baligh
Bagaimana Pula Bentuk Cairan/Lendir Yang Tidak Normal?



Jenis-Jenis Jangkitan
Jangkitan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:
1. Jangkitan Endogenus
2. Jangkitan
Melalui Hubungan Seksual
3. Jangkitan Iatrogenik
Jangkitan Endogenus
1.
Adalah jangkitan yang disebabkan oleh mikroorganisma yang sumbernya
datang dari diri sendiri, biasanya berasal dari anus (dubul). Yalah,
walaupun bahagian dubul telah dibersihkan selepas membuang air besar,
kita masih belum dapat memastikan bahawa ia telah benar-benar bebas
daripada mikroorganisma. Kadang-kadang pula, sewaktu terkentut, batuk
atau ketawa berlaku apa yang disebut kecirit (kat tempat ummi orang
panggil..kicit) iaitu keluarnya cairan dari dubur yang mengandungi
bakteria, kulat atau parasit.
Jangkitan Endogenus


2. Dalam keadaan cairan/lendir yang normal meningkat, bahagian kemaluan dan seluar dalam akan menjadi lembab. Seluar dalam yang lembab ini akan dicemari oleh mikroorganisma yang ada pada anus. Dari situlah mikroorganisma akan sampai ke mulut vagina. Di sini mikroorganisma akan berkembangbiak sehingga menimbulkan gejala.
3. Jangkitan boleh datang dari berbagai sumber mikroorganisma terutamanya:
• Bakteria
• Kulat
4. Gejala dan tanda-tanda jangkitan bakteria:
• Cairan/lendir keputihan bertukar kepada kuning
• Berbau hamis
• Rasa gatal pada kemaluan

• Cairan/lendir keputihan seperti susu bergumpal
• Berbau asam
• Rasa gatal pada kemaluan
• Bahagian kemaluan merah dan membengkak
Jangkitan Melalui Hubungan Seksual (STD)
Dalam bahasa perubatan, jangkitan ini disebut STD iaitu ‘Sexual Transmitted Diseases’.
1. STD adalah jangkitan yang ditransmisikan melalui hubungan seksual.
2. Gejala dan tanda-tanda yang timbul boleh jadi setempat pada saluran vagina/reproduksi dan boleh juga bersifat sistemik atau kombinasi kedua-duanya.
3. Sumber mikroorganismanya adalah dari pasangan seksual. Oleh itu adalah tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihadapi oleh wanita-wanita pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang.
4. Jangkitan boleh datang dari berbagai sumber mikroorganisma terutamanya:
a. Bakteria – punca kepada penyakit gonorrhoea, chlamydia dan chancroid.
b. Spirochete – punca kepada penyakit syphilis
c. Parasit – punca kepada penyakit trichomoniasis
d. Virus – punca kepada penyakit genital herpes, kutil kelamin, HIV/AIDS
5. Selalunya gejala yang timbul adalah dalam bentuk-
Setempat:
• Cairan vagina berwarna kuning atau hijau
• Alat kelamin berbau busuk
• Rasa nyeri dibahagian ari-ari
• Pendarahan dari vagina selepas persetubuhan
• Kemaluan membengkak, merah, melecet dan gatal-gatal serta rasa tidak selesa
• Gelembung berisi cairan pada kemaluan
• Tumbuh seperti kutil pada kemaluan
• Kelenjar pada lipatan peha membengkak, nyeri, pecah dan bernanah
Sistemik:
• Ruam-ruam merah pada kulit seluruh tubuh
• Demam
• Berpeluh malam
• Lesu atau lemah badan
• Penurunan berat badan
Jangkitan Iatrogenik
Adalah jangkitan yang berpunca daripada mikroorganisma yang dibawa masuk melalui peralatan di tempat rawatan. Walaubagaimanapun, di klinik-klinik atau hospital-hospital selalunya jangkitan ini jarang berlaku kerana kaedah antiseptik yang diamalkan.
Bagaimana Penyakit Dikesan?
• Melalui gejala dan sejarah penyakit
• Melalui pemeriksaan fizikal khususnya pemeriksaan dalaman, jika perlu ujian pap smear turut dilakukan.
• Melalui ujian makmal terhadap cairan/lendir keputihan. Sedikit contoh lendir diambil dari kemaluan untuk dua jenis ujian.

(b) Ujian culture dan sensitivity -kuman bakteria boleh disemai dalam media kultur. Oleh itu doktor dapat menentukan jenis bakteria dan jenis ubat yang sesuai untuk merawat pesakit.
Cadangan Bagi Mencegah Berlakunya Keputihan
• Elakkan memakai seluar dalam yang diperbuat selain daripada kain kapas
• Elakkan memakai seluar jeans yang ketat
• Pastikan kemaluan dilap kering terutamanya selepas membuang air kecil ataupun air besar.
• Digalakkan menggunakan pencuci yang boleh mengekalkan keadaan asid pada faraj kerana keadaan asid pada faraj boleh menghalang jangkitan kuman ataupun kulat pada faraj.
Rawatan Keputihan
Sekiranya ragu-ragu, wanita yang
mengalami keputihan perlu menemui doktor untuk menyiasat apa
puncanya. Kadang-kadang keputihan boleh disebabkan oleh ketumbuhan
kanser pada pangkal rahim. Doktor akan memeriksa bahagian peranakan
untuk mengesan sesuatu jenis penyakit atau ketumbuhan. Tidak semua
masalah berkait keputihan disebabkan penyakit merbahaya. Tetapi
adalah lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga.
* Rawatan untuk penyakit jangkitan kuman menjadi mudah setelah diketahui apa jenis kumannya. Sebagai contoh:
(a) Kuman Monilia – Ubat Nystatin yang berbentuk peluru (dipanggil pessary) dimasukkan ke dalam faraj setiap hari selama seminggu. Ubat ini juga boleh diambil dalam bentuk pil.
(b) Kuman Trichomonas – Antibiotik Flagyl diberi secara tablet atau pessary.
(c) Gonorrhoea – Penicillin diberi dalam bentuk suntikan atau pil. Sesetengah kuman telah menjadi kebal atau resistant pada penicillin, maka jenis ubat yang lain perlu digunakan.
Apakah Komplikasi Yang Mungkin Berlaku Jika Tidak Dirawat?
1. Kemandulan (akibat rosaknya organ reproduksi terutamanya saluran fallopian)
2. Gangguan Haid
3. Kesakitan dll.
Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat
ummi ceritakan berkaitan masalah yang seringkali berlaku di kalangan
kita, kaum wanita..'si-putih, oh si-putih'..semoga bermanfaat
hendaknya.
*************************************************************************************
Sunday, 18 March 2012
DOA PENERANG HATI
Untuk menerangkan hati, doa yang harus dibaca ialah:
Cara 1:
1. Surah al-Fatihah 7 kali
2. Surah al-Insyirah (Alam nashrah hingga habis) 1 kali
3. Doa penerang hati seperti dibawah

Boleh
dibaca pada air untuk dijadikan air penerang hati, tetapi harus
diingat air hanyalah sebagai medium pengubatan, yang memakbulkan
adalah Allah SWT. Air yang boleh digunakan ialah air zam-zam, air
jernih biasa yang dibacakan surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih,
air mineral, air RO, air hujan malam Jumaat, serta lain-lain air
mutlak yang jernih dan suci.
Cara
2
Amalan nama - nama Allah atau Asma'ul Husna untuk mendapat hati yang terang, memori yang mantap, fikiran yang cerdas serta cepat memahami tentang perkara dan segala ilmu yang dipelajari :
1. Ya Hakiim
Dibaca sebanyak 300 kali selepas solat Subuh dan Maghrib. Lalu berdoa, Insya'Allah akan dikurniakan kecerdasan.
2.
Ya Ba'ith
Dibaca sebanyak 100 kali sehari, hati akan menjadi terang dan bersih. Pengamalnya akan memperolehi ilmu dan hikmah (kebijaksanaan).
Dibaca sebanyak 100 kali sehari, hati akan menjadi terang dan bersih. Pengamalnya akan memperolehi ilmu dan hikmah (kebijaksanaan).
3.Ya
Mubdi'u
Dibaca sebanyak 470 kali setiap hari untuk mencapai kejayaan dalam setiap usaha yang dijalankan, fikiran menjadi kreatif, cerdas dan jernih.
Dibaca sebanyak 470 kali setiap hari untuk mencapai kejayaan dalam setiap usaha yang dijalankan, fikiran menjadi kreatif, cerdas dan jernih.
4.Ya
Maajid
Dibaca sebanyak 400 kali setiap hari, akan dikurniakan akal yang cerdas, fikiran yang tajam dan hati yang bersih.
Dibaca sebanyak 400 kali setiap hari, akan dikurniakan akal yang cerdas, fikiran yang tajam dan hati yang bersih.
5.Ya
Rashiid
Dibaca sebanyak 1,000 kali di antara Maghrib dan Isyak. Pengamalnya akan dianugerahkan kepintaran, ketajaman fikiran dan kepandaian.
Dibaca sebanyak 1,000 kali di antara Maghrib dan Isyak. Pengamalnya akan dianugerahkan kepintaran, ketajaman fikiran dan kepandaian.
6.Ya
Rahman
Dibaca selepas sembahyang Maghrib dan Subuh dengan sebanyak-banyaknya. Pengamalnya akan dihilangkan penyakit lupa, dianugerahkan fikiran yang terang, akal yang kuat dan tidak mudah kelam-kabut.
Dibaca selepas sembahyang Maghrib dan Subuh dengan sebanyak-banyaknya. Pengamalnya akan dihilangkan penyakit lupa, dianugerahkan fikiran yang terang, akal yang kuat dan tidak mudah kelam-kabut.
7.Ya
Muhaimin
Dibaca selepas solat Isyak akan kuat dalam menghafaz sesuatu dan hilang kelupaannya.
Cara 3
Dibaca selepas solat Isyak akan kuat dalam menghafaz sesuatu dan hilang kelupaannya.
Cara 3
ILMU GENIUS YANG DIAJAR OLEH RASULLULLAH S.A.W.
Pada
suatu hari Saidina Ali r.a. mengadu kepada Rasullullah s.a.w.
mengenai kelemahannya dalam mengingati sesuatu. Lalu Rasulullah
s.a.w. mengajarkan suatu amalan yang sungguh agung. Sekiranya
diamalkan dengan tekun dan bersungguh-sungguh, pengamalnya akan
memiliki ingatan yang tidak akan lupa perkara-perkara yang telah
diingati. Amalan ini dibaca sebanyak 40 kali setiap selesai
sembahyang Subuh dan Asar pada setiap hari :
Kemudian
Sayyidina Ali menceritakan:
"Setelah
itu saya membacanya setiap pagi dan petang dengan tetap dan tekun.
Maka Allah mengurniakan kepada saya ingatan yang tidak pernah
terlihat oleh mata dan tidak pernah terdengar oleh telinga."
Maksudnya beliau dikurniakan dengan ingatan yang sungguh menakjubkan,
sehingga beliau mengaku tidak mengetahui adanya sejenis ingatan yang
terlalu luar biasa seperti yang dimiliki olehnya. Inilah yang
digelarkan 'Ingatan Fotografi'.
Ada
lagi amalan-amalan lain yang boleh diamalkan sebagai penerang hati
dan mencerdaskan akal contohnya
1. Membaca surah al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh
2. Membaca surah al-Anbiya ayat 79 sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali
1. Membaca surah al-Insyirah 11 kali selepas solat Subuh
2. Membaca surah al-Anbiya ayat 79 sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali
فَفَهَّمْنَاهَا
سُلَيْمَانَ وَكُلّاً آتَيْنَا حُكْماً
وَعِلْماً وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ
الْجِبَالَ
يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا
فَاعِلِينَ
maka
Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum
(yang lebih tepat); dan kepada masing-masing mereka telah Kami
berikan hikmah dan ilmu dan telah Kami tundukkan gunung-gunung
dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud. Dan kamilah yang
melakukannya
|
3.
Membaca Bismillah enam. Khasiat Bismillah enam dapat menyinarkan hati
dan mencerahkan akal.

- Makbul segala hajat dan cita-cita.
- Luas rezkinya.
- Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
- Menang dalam peperangan.
- Penerang hati.
- Diajuhkan dari segala penyakit.
- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
- Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
- Aman daripada binatang2 buas.
- Air laut menjadi tawar.
- Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
- Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
- Terselamat dari karam dilaut.
- Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.
AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.
Pilih salah satu amalan dan lakukan secara istiqamah...Insyaallah kita akan dapat merasakan keberkesanannya.
Amalan zikir untuk awet muda dan cantik berseri
Setiap
wanita pasti ingin kelihatan menarik, tak kira tua atau muda. Menarik
dan menawan tak semestinya waktu muda saja, walau berusia, sesorang
wanita itu boleh kelihatan menarik dan mempesona. Kata pepatah
Inggeris, ‘look great at your age’. Jadi petua di bawah ini boleh
diamalkan oleh sesiapa saja, samada tua atau muda.
Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
Petua ini diajarkan oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah ataupun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya.
Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak
·
ambil
air segelas
·baca
al-Fatihah sekali
·
Ayatul
Qursi sekali
·Surah
Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
·Tiup
dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri &
utk kebahagiaan rumahtangga.
- 35 إِنَّا أَنشَأْنَاهُنَّ إِنشَاSesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung. dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan.penuh cinta lagi sebaya umurnya. (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kananSurah al-waqiah ayat 35 -38
Cara
2:
Zikir
di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda
luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut
:
- Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
- Baca ” Ya Nur ” 1x
- Baca ” Ya Hadi ” 1 x
- Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca
zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita.
Lakukan setiap hari.
Cara
3:
Amalkan membaca
ayat2 seperti berikut ;
- Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
- Selepas baca ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah
ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan
dalam.
Friday, 16 March 2012
ASAL USUL SOLAT & MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT
ASAL USUL SOLAT
SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda
keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan
baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun
bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah
s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu
datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda
dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai
sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang
empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda
dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya
matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan
tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang
telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua
atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi
Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan
perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak
yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun..
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .
Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat
semoga dengan memahami bacaan
akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.
MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT
Allah Maha Besar (Takbiratulihram)
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang
Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku..
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad
itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad
itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim
dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa
menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya.
"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup
ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
|
|
JENAYAH DALAM ISLAM
KESALAHAN MINUM ARAKPENGHARAMAN ARAK SECARA BERANSUR-ANSUR
Islam mengharamkan minum arak secara
putus kerana ia dianggap sebagai punca
kejahatan. Selain khamar itu merosakkan akal fikiran, ia juga merosakkan
kesihatan, menghabiskan wang ringgit malahan boleh menyebabkan pertumpahan
darah. Tetapi oleh kerana pada zaman permulaan Islam, khamar telah menjadi
kegemaran kebanyakan orang Arab maka syariat Islam mengharamkan khamar itu tidak
dengan sekaligus bahkan dengan cara berperingkat-peringkat. Pertama Allah
menurunkan ayat yang menerangkan bahawa khamar yang diambil daripada buah kurma
dan anggur adalah bukan daripada rezeki yang baik sebagaimana firmanNya
:
Maksudnya :
Dan daripada buah-buahan kurma dan anggur kamu jadikan daripada minuman yang
memabukkan dan rezeki yang baik.
Yang kedua Allah menurunkan ayat yang
menjelaskan bahawa keburukan yang ada khamar lebih banyak daripada kebaikannya
sebagimana firmanNya :
Maksudnya :
Mereka bertanya kamu (Muhammad) mengenai khamar dan judi, katakanlah bahawa
pada kedua-duanya dosa yang besar dan bermunafaat kepada manusia tetapi dosa
kedua-duanya itu lebih besar daripada munafaat.
Kemudian turun ayat seterusnya yang
melarang orang yang dalam keadaan mabuk menunaikan solat sebagaimana firmanNya
:
Maksudnya :
Wahai ornag-orang yang beriman, jangan kamu hampiri solat sedangkan kamu
dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengetagui apa-apa yang kamu cakapkan.
Akhir sekali
turunlah ayat al-Quran yang memberi kataputus tentang pengharaman khamar
sebagaimana firmanNya :
Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman seseungguhnya arak, judi, mengundi nasib,
berhala-berhala adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, maka jauhilah
daripadanya mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan.
Begitulah Islam melarang orang daripada
minum khamar kerana bertujuan untuk memberikan personaliti kuat sama ada dari
segi fizikal mahupun dari segi mental, sebab khamar boleh merosakkan akal
fikiran dan apabila akal sudah rosak maka ia akan menjadi punca berlakunya
kejahatan sama ada pada dirinya sendiri atau kepada orang lain.
Hikmat Pengharaman Khamar
Syariat Islam telah mengharamkan arak dan
menetapkan hukuman berat ke atas peminum-peminum arak kerana ia boleh
membahayakan bukan sahaja kepada peminum-peminum arak itu sendiri bahkan juga
kepada masyarakatnya. Di antara kemudaratan yang timbul daripada minum
arak.
1. Merosakkan kesihatan. Hal
ini telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam Hadithnya yang bermaksud :
Bahawasanya arak itu bukan ubat tetapi adalah sebagai pembawa penyakit.
Mengikut kajian ilmiah bahawa arak menjadi sebab datangnya bermacam-macam
penyakit seperti sakit perut, hilang selera makan, perjalanan darah tidak betul,
sakit paru-paru, lemah nafsu, sesak nafas, kecacatan pada kandungan, mandul dan
sebagainya.
2. Arak adalah punca
segala kejahatan seperti maksud Hadith Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : “Khamar adalah
punca kejahatan”.
Kerana apabila seorang itu mabuk maka
dia akan melakukan kejahatan sama ada dari segi percakapan dan perbuatannya,
tanpa menyedari akibatnya.
3. Menyebabkan perpecahan dan
permusuhan dalam masyarakat. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya
:
Maksudnya : Sesungguhnya
syaitan mengkehendaki supaya berlaku permusuhan dan kebencian disebabkan oleh
arak dan judi.
Apabila seorang itu mabuk maka
akalnya tidak dapat menghalang dirinya daripada mengeluarkan kata-kata atau
perbuatan yang menyakiti orang lain. Sehingga boleh berlaku pergaduhan dan
pembunuhan.
4. Orang yang mabuk arak
tidak mengindahkan tuntutan-tuntuan agamanya dan tidak mempedulikan
larangan-larangan syarak. Hal ini diterangkan oleh Allah dalam Al-Quran
:
Maksudnya : Dan arak itu
menghalang kalian daripada menginati Allah dan daripada menunaikan solat maka
berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)
5. Menghabiskan harta. Jika
seorang itu asyik minum arak yang menjadi punca kejahatan maka sudah tentu dia
melakukan kejahatan-kejahatan yang lain seperti berjudi, berpoya-poya, pergi ke
tempat-tempat maksiat dengan menghabiskan masa tenaga dan wang
ringgit.
Jadi oleh kerana begitu
hebatnya bahaya daripada minuman arak itu maka memang munasabah sekali Islam
mengharamkan arak serta menetapkan hukuman yang berat ke atas peminum-peminum
arak itu.
Rukun-rukun Kesalahan Minum
Arak (Khamar) :
1. Minuman
khamar
2. Orang yang
minum
3.
Niat
1. Minuman
Khamar
Perkataan khamar berasal daripada masdar atau khamar yang bererti
penutup, yang bermaksud bahawa khamar boleh menutupi akal fikiran daripada
mengetahui keadaan yang sebenar.
Ulamak feqah berselisih pendapat mengenai pengertian khamar yang
membolehkan peminumnya dikenakan hukuman had. Jumhur ulamak mengatakan bahawa
taip-tiap benda yang memabukkan adalah khamar sama ada yang memabukkan itu
sedikit atau banyak, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.
Maksudnya : Tiap-tiap benda yang memabukkan adalah khamar dan
tiap-tiap khamar adalah diharamkan.
Sabda Rasulullah lagi daripada al-Nukman b. Basyir :
Maksudnya : Bahawasanya daripada “al-hantah” itu khamar, dan
daripada syair itu khamar, daripada anggur kering itu khamar, daripada tamat itu
khamar dan daripada madu adalah khamar.
Kedua Hadith di atas menunjukkan bahawa khamar itu ialah sebagi
tiap-tiap minuman yang memabukkan dan juga kerana tiap-tiap benda yang
memabukkan dengan tidak mengambil kira daripada mana bahan asalnya. Manakala
Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa khamar ialah benda memabukkan yang berasal
daripada buah anggur dan kurma. Berdasarkan sabda Rasulullah :
Maksudnya : Diharamakan khamar kerana bendanya dan yang memabukkan
dari setiap minuman.Menurut satu riwayat bahawa Rasulullah menunjuk pokok anggur
dan kurma dengan jarinya dan bersadba :
Maksudnya : Khamar itu (berasal) daripada kedua-dua pokok
ini.
Imam Abu Hanifah membezakan khamar
yang diperbuat daripada anggur dengan minuman-minuman lain yang memabukkan yang
dibuat selain daripada anggur dari segi hukuman dengan peminumnya. Jadi, orang
yang minum khmar yang diperbuat daripada sama ada sedikit atau
banyak adalah haram dan wajib dikenakan hukuman had. Manakala yang minum
jenis-jenis minuman yang selain khamar maka peminumnya tidak wajib dikenakan
hukuman had kecuali jika sampai had yang memabukkan. Sedangkan menurut jumhur
ulamak hukuman bagi orang yang minum minuman yang memabukkan adalah satu sahaja,
sama ada ia minum yang dibuat daripada anggur atau daripada bahan-bahan lain
asalkan memabukkan.
Jadi kalau
dibandingkan antara kedua-dua pendapat di atas maka pendapat jumhur yang lebih
sesuai dengan pendapat kita kerana Rasulullah s.a.w. sendiri telah
mendefinasikan khamar itu bahan daripada anggur itu sendiri tidak dinamakan
khamar melainkan disebabkan kerana ia mendatangkan mabuk. Jadi, jika bahan-bahan
yang selain anggur boleh memabukkan maka ia juga dinamakan khamar, lebih-lebih
lagi pada zaman sekarang, yang kedapatan jenis bahan yang memabukkan bertambah
banyak. Oleh itu kalau yang diharamkan itu hanya terhad kepada bahan-bahan yang
dibuat daripada anggur maka ramailah orang yang terlepas daripada hukuman
sedangkan terdapat bahan-bahan yang selain daripada anggur lebih memabukkan dan
lebih mendatangkan kemudaratan.
Dengan mengikut
pendapat jumhur ini bererti segala jenis yang memabukkan sama ada minuman atau
tidak adalah diharamkan seperti dadah, opium dan sebagainya kerana bahan-bahan
itu membahayakan tubuh badan dan merosakkan akal fikiran, yang boleh membawa kepada melakukan
kejahatan-kejahatan yang lain.
2. Syarat orang
yang minum arak.
Disyaratkan kepada orang yang melakukan kesalahan minum khamar
sehingga ia boleh dikenakan hukuman had ialah seperti berikut :
i, ii Orang yang sudah
baligh dan berakal. Sekiranya kanak-kanak atau orang gila minum minuman keras
maka tidak diwajibkan had ke atas mereka disebabkan perbuatan mereka tidak
dianggap sebagai perbuatan jenayah kerana diangkatnya qalam daripada
mereka.
iii. Islam tidak menjadi
syarat. Ini bererti seorang yang kafir zimmi atau musta’min jika
minum minuman khamar diwajibkan hukuman had ke atas mereka mengikut pendapat
jumhur kerana minuman khamar itu diharamkan dalam semua agama
samawi dan kerana pengharamannya adalah untuk kepentingan masyarakat dan
memelihara daripada kebinasaan. Akan tetapi menurut Abu Hanifah Khamar adalah
harta yang bernilai di sisi zaimmi dan mustamin dan ia diharuskan ke atas
mereka. Jadi, mereka minum khmar tidak dianggap sebagai melakukan jenayah, oleh
kerana itu mereka tidak boleh dikenakan hukuman had. Akan tetapi jika
orang-orang kafir zimmi itu minum minuman khamar kemudian mereka mabuk maka
mereka boleh dikenakan hukuman had disebabkan mereka mabuk dan bukan kerana
minum arak, kerana dalam keadaan mabuk itu diharamkan dalam semua
agama.
iv. Dengan kehendaknya
sendiri bukan dipaksa. Oleh itu jika seorang itu minum khamar kerana dipaksa
orang atau terpaksa minum seperti dalam keadaan dahaga yang bersangatan yang
mana tidak mendapati air kecuali minuman khamar maka tidak wajib had ke atasnya,
berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : Diampunkan umatku kerana
tersalah, lupa dan kerana dipaksa. Dan mengikut firman Allah :
Maksudnya : Maka
barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedangkan ia tidak menginginkannya dan tidak
pula melampaui batas maka tidak ada dosa baginya.
v. Minuman itu mestilah sampai ke dalam
rongga melalui mulut, kalau minuman itu sampai ke dalam rongga dengan jalan yang
lain daripada mulut seperti melalui suntikan atau ditebuk lubung di leher dan
seumpamanya maka tidak diwajibkan had ke atasnya.
3. Adanya niat
melakukan kesalahan.
Yang dimaksudkan dengan adanya niat itu ialah apabila seorang yang
minum itu betul-betul mengetahui bahawa benda yang diminum itu ialah khamar atau
benda yang memabukkan. Jadi, kalau dia minum bahan yang memabukkan tetapi dia
tidak mengetahui bahawa dengan meminum queintiti yang banyak itu memabukkan maka
dia tidak diwajibkan had ke atasnya walaupun dengan sebab minum itu dia menjadi
betul mabuk. Begitu juga jika seorang itu minum minuman yang memabukkan
sedangkan dia menyangka yang diminum itu bukan bahan yang memabukkan maka
peminum itu terlepas daripada hukuman had seperti kes seorang yang berwati
dengan perempuan yang disangkanya isterinya sendiri. Begitu juga juga yang
dimaksudkan dengan adanya sengaja ialah jika orang yang minum arak mengetahui
tentang haramnya khamar itu. Tetapi kalau dia tidak tahu bahawa khamar itu haram
maka perbuatannya itu tidak dianggap sahaja dan tidak wajib dikenakan had
walaupun dia mengetahui bahawa yang diminum iut bahan yang memabukkan sekalipun.
Akan tetapi kalau kejahilan tentang haramnya khamar itu berada di tengah-tengah
masyarakat Islam maka alasannya itu tidak boleh diterima. Manakala kalau
kejahilannya itu disebabkan baru masuk Islam atau berada di tempat yang
berjauhan daripada orang Islam maka boleh diterima alasannya.
Bukti-bukti Yang Mensabitkan Kesalahan Minum Khamar
1. Kesaksian
2. Pengakuan
3. Bau mulut
Kesaksian.
Kesalahan minum khamar
dan mabuk disabitkan dengan adanya saksi-saksi, terdiri dari dua orang laki-laki
yang mempunyai syarat-syarat yang cukup sebagai saksi. Oleh sebab itu jika saksi
itu semuanya terdiri dari kaum wanita atau seorang saksi lelaki beserta dengan
beberapa kaum wanita maka tidak diterima kesaksian mereka, ini kerana kesaksian
mereka boleh mendatangkan keraguan.
Imam Abu Hanifah dan
Abu Yusuf mensyaraktkan selain daripada syarat saksi-saksi itu ialah adanya bau
khamar ketika seorang itu disaksikan minum khamar atau sedang mabuk, dan tidak
disyaratkan adanya bau khamar itu ketika penyiasatan. Manakala Muhammad
al-Syaibani tidak mensyaratkan adanya bau khamar ketika saksi-saksi itu
menyaksikan pesalah itu minum khamar atau sedang mabuk. Alasan Abu Hanifah ialah
kerana hukuman had kerana minum khamar itu ditetapkan oleh ijmak para sahabat
dan oleh kerana Ibn Ma’ud mensyaratkan adanya bau khamar yang tidak ada ijmak
kecuali dengan ijtihadnya. Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf juga mengatakan bahawa
kesaksian itu diterima dengan syarat kejadian jenayah itu disaksikan tidak lama
selepas kejadian itu kira-kira belum hilang bau khamar di mulut yang dituduh.
Jadi kalau saksi-saksi itu mendiamkan sahaja kejadian itu tidak mahu tampil
menjadi saksi sehingga hilang bau khamar, selepas itu baru hendak menjadi saksi
maka tidak diterima kesaksian mereka. Manakala Muhammad al-Shaibani pula
menentukan masa untuk menjadi saksi tidak lebih dari tiga puluh hari. Akan
tetapi kebanyakan ulamak tidak menerima pendapat Imam Abu Hanifah mengenai
tempoh kesaksian sebagai syarat penerimaan saksi-saksi.
Apabila saksi-saksi
itu tampil memberi keterangannya maka kadi hendaklah menyoal saksi-saksi itu
mengenai apa yang dikatakan khamar dan bagaimana yang dituduh itu meminumnya
sama ada dengan kemahuannya sendiri atau dipaksa juga disoal tentang tempat di
mana yang dituduh itu minum sama ada di negara Islam atau di negeri bukan Islam
.
2.
Ikrar-Pengakuan
Sabit kesalahan minum
khamar dengan pengakuan yang diberikan oleh pesalah itu sendiri. Memadai dengan
sekali pengakuan mengikut pendapat empat mazhab. Cuma Abu Yusuf yang
mensyaratkan dua kali pengakuan sepertimana saksi itu disyaratkan dua
orang.
Seorang yang menarik
balik pengakuan kerana minum khamar boleh diterima penarikan balik akuannya
kerana kesalahan itu adalah semata-mata mengenai hak Allah s.a.w. seperti
kesalahan-kesalahan hudud yang lain yang mengenai hak Allah, kerana kemungkinan
pengakuan yang dibuat sebelumnya tidak benar, maka jadilah satu perkara yang
menimbulkan kesamaran (syubahat) yang boleh melepaskan hukuman hudud.
Adapun pengakuan yang
dibuat oleh seorang yang sedang mabuk tidak boleh diterima kerana pengakuannya
itu mungkin tidak benar oleh itu orang yang sedang mabuk itu tidak boleh
dipegang keterangannya.
Seperti dalam
kesaksian maka dalam hal pengakuan ini juga Imam Abu Hanifah dan Abu Yusuf
mensyaratkan bahawa pengakuan itu dibuat tidak lama selepas kejadian jenayah
minum. Kalau kejadian minum itu telah lama berlaku sehingga telah hilang bau
khamar di mulutnya, baru seorang itu mengaku maka tidak diterima pengakuannya.
Manakala kebanyakkan ulamak berpendapat bahawa pengakuan yang dibuat selepas
kejadian ini berlaku walau macam mana lama sekalipun boleh diterima pengakuannya
sehingga boleh mensabitkan kesalahannya.
3. Bau arak.
Imam Malik dan satu
riwayat daripada Imam Ahmad berpendapat bahawa dengan adanya bau khamar di mulut
seseorang sudah cukup untuk membuktikan bahawa seorang itu minum arak walaupun
ketika dia minum itu tidak seorang pun yang menyaksikannya. Jadi, jika dua orang
menyaksikan adanya bau khamar di mulut seorang atau seorang saksi melihat
seorang sedang minum khamar sedang yang seorang lagi mencium bau khamar di
mulutnya maka keterangan saksi-saksi itu boleh mensabitkan kesalahan minum yang
membolehkan peminum khamar itu di hukum had. Manakala Imam Abu Hanifah, Syafie
dan satu riwayat daripada Ahmad menyatakan bahawa adanya bau khamar di mulut
seseorang tidak boleh dengan sendirinya mensabitkan kesalahan tersebut. Akan
tetapi menurut Abu Hanifah bau khamar berserta dengan adanya seorang saksi
melihat seorang itu minum khamar boleh mensabitkan kesalahan.
Mereka yang
mensabitkan kesalahan minum khamar kerana adanya bau dimulut beralasan bahawa
Ibn Masud telah menghukum jilid ke atas seorang laki yang didapati mulutnya
berbau khamar dan mengikut satu riwayat daripada Saidina Umar yang berkata
maksudnya :
Aku dapati mulut Ubaidillah berbau khamar
yang kemudiannya dia mengaku telah minum air anggur. Kemudian Saidina Umar
bertanya kepadanya jika dia mabuk maka aku akan menghukum jilid ke
atasnya.
Manakala ulamak yang tidak menerima bau arak sebagai bukti yang
mensabitkan kesalahan minum arak
berpendapat bahawa mulut seorang itu berbau khamar tidak semestinya dia minum,
mungkin dia hanya berkumur atau menyimpannya sahaja di mulut dengan tidak
ditelan minuman tersebut dan mungkin dia makan buah-buahan atau minuman yang
mempunyai bau yang serupa dengan bau khamar. Jadi, dengan adanya
kemungkinan-kemungkinan ini mendatangkan kesamaran-kesamaran yang boleh
melepaskan dari hukuman had.
4. Dalam keadaan
mabuk.
Jika didapati seorang
itu dalam keadaan manuk sudah cukup untuk mensabitkan yang dia minum khamar yang
wajib untuk mensabitkan yang dia itu minum khamar yang wajib dikenakan hukuman
had mengikut mazhab Hanafi jika dianya telah disaksikan oleh dua orang. Akan
tetapi menurut Mazhab Syafie seorang yang dalam keadaan mabuk tidak boleh
disabitkan kesalahan minum khamar kerana mungkin dia mabuk itu disebabkan kena
suntik atau tersalah minum atau dipaksa minum begitulah juga menurut satu
riwayat daripada Imam Ahmad. Manakala Imam Malik dan satu pendapat daripada
Ahmad yang menyatakan adanya bau khamar sudah memadai untuk membuktikan
kesalahannya maka lebih-lebih lagi jika seorang itu mabuk sudah tentu boleh
mensabitkan kesalahan tersebut sehingga pesalah itu wajib dikenakan hukuman
had.
Hukuman Bagi Kesalahan Minum Khamar
Semua ulamak fekah sependapat bahawa hukuman bagi orang yang minum
khamar ialah dijilid. Cuma mereka berbeza pendapat tentang kadarnya. Ada yang
mengatakan bahawa hukumannya ialah sebanyak lapan puluh kali jilid menurut
pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad. Manakala
Imam Syafie dan satu pendapat daripada Imam Ahmad mengatakan hukuman bagi
kesalahan tersebut ialah sebanyak empat puluh kali jilid. Walaupun demikian
boleh juga pesalah itu dikenakan jilid sebanyak lapan puluh kali jika pada
pendapat pemerintah pesalah itu patut dijilid sebanyak itu. Jadi hukuman hadnya
ialah empat puluh kali manankala yang selebihnya adalah sebagai hukuman
ta’zir.
Punca perselisihan
mereka disebabkan kerana hukuman bagi kesalahan had minum khamar tidak ada
keterangannya di dalam al-Quran dan juga kerana Hadith-Hadith Nabi dan Athar
para sahabat tidak memberi penjelasan yang jitu tentang kadar yang tertentu
bahkan semuanya boleh diijtihadkan. Sesungguhnya dalam al-Quran ada disebutkan
tentang pengharaman arak tetapi tidak ada menetapkan hukuman had kepada
peminum-peminum khamar begitu juga Nabi Muhammad s.a.w. tidak menetapkan kadar
yang tertentu. Ada kalanya beliau menyebat pesalah tersebut hanya beberapa kali
sebat dan ada kalanya dengan banyak kali tetapi tidak melebihi daripada empat
puluh kali sebat. Kemudian Saidina Abu Bakar pula menghukum peminum-peminum
khamar sebanyak empat puluh kali sebat. Diriwayatkan daripada Ibn Said al-Khudri
dan Ali bahawa Nabi Muhammad s.a.w. menghukum orang yang minum khamar sebanyak
empat puluh kali sebat. Apabila tiba pada zaman Saidina Umar maka beliau meminta
nasihat daripada para sahabat lalu Abdul Rahman bin Auf berkata
Maksudnya :
Seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebat, kemudian Umar pun
menetapkan hukuman itu sebanyak 80 kali dan para sahabat semuanya setuju
dengan Umar yang mengambil pendapat Abdul Rahman sebagai satu ijmak.
Diriwayatkan daripada
Husain bin al-Munzir bahawa ketika Saidina Ali ditugaskan oleh Saidina Uthman
untuk menghukum jilid ke atas al-Walid bin Uqbah, beliau berkata yang maksudnya
:
Rasulullah s.a.w.
telah menghukum sebanyak 40 kali jilid begitu juga Saidina Abu Bakar tetapi
Saidina Umar menghukum sebanyak lapan puluh kali semuanya aalah sunnah yang ini
aku lebih sukai.
Bagi fuqaha yang
mengatakan hukuman had minum khamar sebanyak lapan puluh kali sebat berdasarkan
kepada riwayat daripada Anas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. telah didatangi seorang
lelaki yang minum arak, kemudian beliau menyebat dengan dua pelepah tamar lebih
kurang empat puluh dan begitu juga Abu Bakar berbuat seperti ini, tetapi pada
zaman Saidina Umar, beliau meminta nasihat para sahabat, lalu Abdul Rahman bin
Auf berkata seringan-ringan hukuman hudud ialah lapan puluh kali sebat lalu
Saidina Umar pun memerintahkan hukuman tersebut. Hadith di atas menunjukkan
bahawa hukuman had minum khamar ialah lapan puluh kali jilid kerana para sahabat
telah merestui pendapat Umar yang dengan sendiri dianggap ijmak dan ijmak pula
adalah sebagai salah satu sumber hukum syara. Manakala ulamak yang mengatakan
hukuman had minum khamar itu sebanyak empat puluh kali sebat pula berdasarkan
kepada hukuman yang telah dijalankan oleh Saidina Ali sebanyak empat puluh kali
sebat ke atas al-Walid bin Uqbah dan berkata :
Nabi Muhammad s.a.w. menghukum jilid sebanyak empat puluh kali begitu
juga Abu Bakar tetapi Umar menghukum jilid sebanyak lapan puluh kali, semuanya
Sunnah dan yang ini lebih aku sukai.
Jadi mereka
berpendapat bahawa perbuatan Nabi adalah diterima sebagai hujjah yang tidak
boleh ditinggalkan kerana hendak mengikut perbuatan orang lain dan juga kerana
ijmak tidak boleh diterima sebagai hujah jika bertentangan dengan perbuatan Nabi
s.a.w., Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali. Jadi mereka menganggap hukuman
tambahan yang dilakukan oleh Umar adalah sebagai hukuman ta’zir jika pada
pendapat pemerintah bahawa hukuman itu diperlukan.
Jika dibandingkan
antara kedua-dua pendapat di atas maka saya lebih cenderung kepada pendapat Imam
Syafie kerana Hadith-hadith yang menjelaskan hukuman had minum khamar
menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah menghukum kepada peminum khamar
sebanyak empat puluh kali sebat atau yang hampir kepada empat puluh. Ada pun
riwayat yang mengatakan ada daripada sahabat menghukum sebanyak lapan puluh kali
itu mungkin hukuman yang lebih daripada empat puluh sebagai ta’zir dan bukan
sebagai had. Manakala dakwaan bahawa hukuman lapan puluh kali sebat itu sebagai
ijmak sahabat tidak dapat diterima kerana ijmak sahabat tidak mungkin berlaku
kalau bertentangan dengan amalan yang telah dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w. Lagi satu bukti tidak ada ijmak
sahabat ialah kerana Saidina Ali lebih suka kepada hukuman empat puluh kali
jilid seperti yang berlaku ketika baginda menyebat al-Walid yang minum khamar
pada zaman Saidina Uthman.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)